Followers

Wednesday 9 May 2012

Azizan Malukan Anwar Ibrahim


Pakatan Haprak melalui Ketua Umumnya Anwar Ibrahim sekali lagi menerima tamparan yang cukup hebat apabila kenyataannya untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia dilihat hanya sekadar janji dan gula-gula politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan anak muda serta rakyat dalam PRU ke13 nanti.

Terbaru apabila kenyataan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mengakui bahawa yuran pengajian di KUIN akan dinaikkan daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran.


Persoalannya mengapa perkara ini berlaku di waktu Anwar Ibrahim menjanjikan pendidikan percuma kepada rakyat sekiranya Pakatan Haprak diberikan mandat sebagai kerajaan ? 

Sebenarnya apa yang berlaku di Kedah adalah kerana kos yang perlu untuk menampung pentadbiran kolej dan ianya dibuat berdasarkan keupayaan.Di sini saja sudah jelas memperlihatkan Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Haprak pun tidak mampu untuk memberikan pendidikan percuma apatah lagi sekiranya di rujuk kepada janji Anwar Ibrahim.

Sekiranya Pakatan Haprak atau Anwar Ibrahim mampu maka seharusnya Kedah hari ini dibantu oleh mereka dan seterusnya memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar KUIN.Adakah ini berlaku ? Semuanya hanyalah retorik oleh Anwar dan juak-juaknya yang sememangnya tidak pernah sealiran dalam segala hal.

Sebagai pembangkang yang langsung tidak memikirkan tentang negara apa pun boleh diucapkan atau dijanjikan.Malah janji-janji mereka hanyalah sekadar omongan kosong sahaja sekadar mengaburi mata rakyat Malaysia.

Apakah negeri-negeri diperintah Pakatan Haprak hari ini menyediakan pendidikan percuma ? Atau dilihat sedang berusaha kearah itu ? KUIN menjadi saksi kepada janji manusia berlidah biawak Anwar Ibrahim.

Kepada semua jangan lupa janji yang dibuat oleh Anwar di Pulau Pinang satu ketika dulu.

 

Jadi sama-sama fikirlah,soal nak percaya atau tidak MMI serahkan pada diri masing-masing cumanya lebih baik fikir sebelum bertindak.

Asal Bukan Anwar Ibrahim.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels