Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini dilabelkan sebagai seorang yang cukup bongkak dan sombong apabila telah memfitnah UMNO ketika sidang DUN sedang berjalan.Beliau bukan saja telah bertindak memburukkan UMNO malah telah juga mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman yang cuba mengaitkan UMNO dengan rasis.
Akibat daripada tindakan tersebut telah menyebabkan kesemua 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) pada Isnin bertindak keluar dari Dewan Undangan Negeri beramai-ramai sebagai membantah kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang disifatkan menghasut dan berbaur perkauman.
Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan: "Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam" ketika mencelah perbahasan oleh seorang penyokong kerajaan Tanasekharan Audherapady (DAP-Bagan Dalam).
Terdahulu, Tanasekharan sedang menyampaikan ucapan perbahasan usul ucapan terima kasih sempena perasmian Dewan Undangan Negeri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas bagi Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12 pada Isnin.
Dalam ucapannya beliau mendakwa kaum minoriti sering dipinggirkan semasa BN memegang tampuk pemerintahan kerajaan.
Lim kemudiannya mencelah dan membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman itu yang menyebabkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) membantah dan meminta Lim menarik balik serta meminta maaf kerana kenyataan itu berniat jahat.
Begitulah sikap seorang ketua menteri daripada DAPigs yang semakin kurang ajar menuduh UMNO sebegitu rupa.Mungkin beliau dan juak-juaknya lupa agaknya di saat mereka memegang tampuk pemerintahan negeri pada tahun 2008 yang lalu ketika itulah isu Kampung Buah Pala menjadi panas yang akhirnya seluruh kampung di robohkan.
Ketua Pembangkang YB Datuk Azhar menggesa Guan Eng menarik balik kenyataannya kerana ia menyalahi Peraturan 46.17 (C) yang berbunyi: "Perkataan-perkataan yang harus atau akan menimbulkan niat jahat dan perasaan bermusuh-musuh di antara kaum-kaum yang berasingan di Negara Persekutuan."
Guan Eng berdegil dan enggan menarik balik kenyataannya yang menyebabkan Azhar mengajak semua kesepuluh ADUN BN keluar meninggalkan DUN sebagai membantah kenyataan ketua menteri itu.
BN mempunyai 11 wakil rakyat di DUN dan seorang anggotanya, Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) tidak hadir ke dewan pagi tadi.
Azhar kemudiannya memberitahu pemberita, semua wakil rakyat BN kesal dengan sikap ketua menteri yang enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.
Katanya, kenyataan Guan Eng disifatkan sebagai berniat menghasut kaum India dan ia sangat berbahaya.
"Jadi menuduh kalau UMNO memerintah Pulau Pinang, akan robohkan kuil Hindu adalah statement yang tidak bertanggungjawab daripada seorang yang memegang portfolio sebagai ketua menteri. Cakapan ini bukankah untuk menghasut orang supaya mewujudkan permusuhan dan boleh jadi perbalahan," katanya.
"Dia (Guan Eng) tak layak menjadi ketua menteri. Kita boleh berpolitik, berhujah dari segi politik tapi jangan sekali-kali menimbulkan perbalahan kaum," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, wakil rakyat BN kecewa kerana Guan Eng masih terus menimbulkan isu perkauman dengan kejadian perobohan kuil Bagan di kawasan PPSB walaupun beliau telah memohon maaf atas insiden yang berlaku.
"Saya dah beritahu akan selesaikan perkara ini semasa mesyuarat lembaga pengarah dalam tempoh terdekat," katanya.
Beliau menegaskan, PPSB juga akan menanggung semua kos pembinaan semula sebuah kuil yang dirobohkan kerana ia berada berhampiran saluran paip kimia berbahaya di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT).
Berikutan sikap Guan Eng yang sebegitu rupa ramai kaum India di Pulau Pinang marah kerana beliau cuba membangkitkan isu perkauman yang boleh mendatangkan pergaduhan dan kekacauan.
Di Tasek Gelugor,dalam satu program kenduri rakyat 1Malaysia anjuran MIC yang diadakan di Pokok Machang yang turut dihadiri oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jelas memperlihatkan sokongan majoriti kaum India di Pulau Pinang khususnya telah berubah dan kembali kepada Barisan Nasional.Ini dapat di lihat daripada kehadiran ramai kaum India dalam majlis tersebut.
MMI yang turut berada di Majlis tersebut melihat bagaimana perpaduan sesama bangsa dipupuk dengan begitu mesra dan ianya membuktikan bahawa rakyat menolak setiap usaha untuk mencetuskan ketegangan kaum.Malah program tersebut dihadiri lebih dari 5000 orang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Inilah sebenarnya wajah Barisan Nasional yang sentiasa mengambil sikap hormat menghormati sesama bangsa dan ianya mampu menjadikan segala gerak kerja untuk rakyat dapat dilakukan dengan lebih baik seterusnya membawa kebaikan kepada semua.
Kepada Guan Eng dan juak-juak Pakatan Haprak masa kamu sebenarnya sudah semakin hampir tamat,sama-sama kita nantikan tarikh keramat untuk melihat sejauh mana rakyat bersuara.
Guan Eng ternyata seorang pemimpin rasis dan putar belit.
MMI.
No comments:
Post a Comment