Suaram Kecam Anwar Ibrahim Diskriminasi LGBT!
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur diskriminasi terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini.
Pengarah Eksekutifnya, Nalini Elumalai mendakwa, Anwar pada 18 Julai lalu menyatakan bahawa undang-undang melawan homoseksual diperlukan untuk melindungi kesucian perkahwinan heteroseksual dan undang-undang purba perlu dikaji semula untuk menghalang tidak bersalah daripada dihukum.
“Suaram mengutuk kenyataan berbaur diskriminasi ini dan kami mahu mengingatkan kembali janji dan komitmen yang diperbuat oleh pemimpin ini untuk mendukung hak-hak manusia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Nalini berkata, Suaram melihat kenyatan itu sebagai satu bentuk serangan dan satu pengumuman diskriminasi terhadap komuniti LGBT.
Menurut beliau, kenyataan tersebut menghantar satu mesej jelas yang meluluskan dan menjustifikasikan homofobia dan keganasan Transphobic terhadap komuniti berkenaan.
Tambah beliau, golongan LGBT tidak meminta sebarang perkara baharu atau hak keistimewaan tetapi hanya mahu memastikan hak kesaksamaan dan tiada diskriminasi terhadap mana-mana manusia.
Macam yang MMI pernah kata sebelum ini SUARAM ni umpama Hantu Raya.Kalau bagi makan cukup semuanya OK tapi kini nampaknya Hantu Raya ni dah makan tuan.Klik Sini
Anwar semestinya pening kepala dengan hantu raya belaannya.Dalam soal LGBT ni nampak sangat selama ni mereka cukup rapat dengan Anwar kerana perjuangan untuk menuntut hak LGBT disokong beliau.
Malah dalam beberapa isu contohnya kapal selam "Scorpene" cukup jelas mereka (SUARAM) dipergunakan untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan walaupun bukti entah kemana.Klik Sini
Apa pun inilah sikap puak-puak yang selama ini cuba menangguk di air keruh,berselindung disebalik kononnya perjuangan menuntut hak asasi manusia tetapi jauh di sudut hati mereka sebenarnya sedang berusaha untuk menjahanamkan Malaysia.
Kepada SUARAM @ Hantu Raya jangan bermimpi disiang hari,kerana MMI yakin seluruh rakyat Malaysia pastinya akan menolak LGBT apatah lagi membiarkan ianya bertapak buat selama-lamanya.
Kepada Anwar ang pandai-pandailah jaga hantu-hantu ni..
MMI.
No comments:
Post a Comment