Pulau Pinang sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tarikan tersendiri sudah lama menempah nama sebagai sebuah negeri yang menawarkan pakej percutian antara yang menarik dalam negara.Pembangunan yang berlaku dan kekuatan ekonominya menjadikan Pulau Pinang antara negeri yang kedepan.
Dalam sudut politik pula dulunya Pulau Pinang menjadi antara pentas mahupun kubu kuat kepada parti Gerakan walaupun dalam masa yang sama UMNO dan parti-parti komponen lain sentiasa bersama dalam Barisan Nasional.
Kini segalanya berubah apabila Pakatan Haprak menang dalam pilihan raya ke12 yang lalu.Melihat kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAPigs bermacam perkara timbul malah ianya dilihat lebih dasyat daripada yang berlaku sebelumnya.
Lihatlah bagaimana pusat-pusat hiburan,pusat judi kuda,rumah urut dan banyak lagi dilihat tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Kebanjiran warga asing khususnya wanita dari luar negara untuk bekerja sebagai GRO amat membimbangkan.
Malah ianya dilihat semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai operasi telah dilakukan oleh pasukan polis.
Kini menular pula budaya gangsterisme yang sudah menjadi trend baru di Pulau Pinang.
Terbaru pihak Polis menahan 93 lelaki berusia antara 16 dan 42 tahun dari dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba mencetuskan pergaduhan di Persiaran Gurney di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis membuat dua serbuan serentak di dua lokasi sekitar Persiaran Gurney pada pukul 12.30 malam.
Beliau berkata dua kumpulan samseng yang dikenali sebagai “04” dan “24” itu dipercayai baru selesai berunding untuk berebut kawasan dan akan bertempur.
“Sebanyak 70 lelaki yang ditahan terdiri dari geng 04 dan selebihnya adalah ahli kumpulan 24 dan polis percaya beberapa orang lagi sempat melarikan diri setelah mengetahui kehadiran polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, polis yakin penangkapan anggota kongsi gelap itu dipercayai dapat menyelesaikan 25 kes jenayah termasuk peras ugut, pecah rumah dan samun berkumpulan sejak Januari lepas.
Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai senjata seperti pedang samurai, parang, pisau pemotong kertas, kayu pemukul besbol dan buku lima daripada suspek.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 43 daripada suspek positif dadah dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Abdul Rahim berkata, orang ramai yang pernah menjadi mangsa kumpulan terbabit diminta membuat laporan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan dan proses pengecaman.
MMI cukup bimbang dengan perkembangan mutakir ini kerana kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini sudah pun melibatkan orang-orang Melayu sendiri dan paling bahaya kerana ia sudah pun menular dikalangan mereka yang masih di bangku sekolah.
Antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.Klik Sini
Apakah yang dikatakan kongsi gelap ini ? Sejauh mana peranannya dalam negara kita dan bagaimana ianya mula bertapak ? Jom kita tengok ..
Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.Klik Sini
Percayalah kesannya cukup besar bukan saja kepada negara malah kepada anak bangsa kita sendiri.Lihat saja di kawasan-kawasan kita sendiri bagaimana angkuhnya sebahagian anak muda hari ini apabila sudah mula menganggotai satu-satu kumpulan.
MMI bukan membenci tetapi biarlah sesuatu itu mampu menjadikan kita lebih baik bukannya semakin angkuh,takbur dan bongkak kerana Allah SWT tidak menyukai mereka yang bersifat sedemikian.
Apakah Pulau Pinang kini umpama hub kongsi gelap ? Apa yang Guan Eng buat berkenaan hal ini ? Anda tentukanlah ...
MMI.
No comments:
Post a Comment