Followers

Thursday, 15 November 2012

SERAM Siri Bercakap Dengan Jin !!


Ai jin ka apa ni ? Huh dulu bukan main , segalanya boleh noo..Jom kita layan sikit cerita terbaru pasai Jin ni..

Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi, maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.

Hahaha Bob lupa agaknya duit sapa yang dia mentekedarah selama ni untuk sara anak bini ? Untuk pengetahuan Bob dan semua kerajaan sememangnya menyediakan dana khusus untuk industri perfileman negara berbentuk pinjaman dari bank-bank terpilih.

Sebab itulah industri perfileman negara mampu meningkat naik dan dalam masa yang sama kebajikan para artis dan pelakon semacam Bob dulu tu dapat dijaga dengan peluang-peluang lakonan dan sebagainya.

Kalau Bob ni hebat pastinya dia kini sudah dilantik menjadi senator di dewan negara macam mana Jin's Shamsudin dan lain-lainnya.

Psstt jin mana boleh ke dewan negara...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels