Pepatah "Kera Di Hutan Di Susukan , Anak Di Rumah Mati Kelaparan" dirasakan sesuai sekali untuk disamakan dengan satu maklumat terbaru yang MMI terima.Melalui blog sahabat , diberitakan bahawa sepupu kepada Anwar Ibrahim sendiri yang tinggal di sebelah rumahnya menderita sakit saraf selama ini terbiar tanpa bantuan.
Khabarnya individu tersebut telah terlamtar bertahun lamanya tanpa sedikitpun diambil peduli oleh Anwar Ibrahim.
Jika kita imbas kembali, Anwar Ibrahim dilihat hidup dalam serba kemewahan malah sentiasa bergerak ke sana ke mari dan dengan bangganya dapat pula layanan untuk menaiki jet serta bas mewah dalam cubaannya meraih simpati rakyat.
Namun sepupu sendiri langsung tak endahkan , apa punya jenis manusia dia ni !
Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada UMNO Bukit Mertajam kerana lebih prihatin jika mahu dibandingkan dengan individu lain yang lebih senang berlakon kononnya dirinyalah yang amat prihatin terhadap masalahan rakyat.
Mungkin akan ada pihak yang persoalkan mengapa baru sekarang si sepupu Anwar tu nak dibantu oleh UMNO ?
Kepada yang ada rasa-rasa nak tanya macam tu MMI nak jawab siap-siap , kita akui sepatutnya pihak yang berwajib khususnya agensi kerajaan sedia ada seharusnya dah lama menyelesaikan masalah ini namun perlu diingat sebagai sepupu kepada Anwar Ibrahim dan hanya berjiran sepatutnya Anwarlah yang lebih dulu menyelesaikan masalah tersebut.
Lagi pun bukan kah beliau merupakan ahli parlimen Permatang Pauh ?
Nampak sangat perangai buruk...jangan pula lepas ni ada bunyi-bunyi kata Anwar tak nak bantu sebab takut di tuduh kroni !
Macam ni punya kelaku ampa nak suruh jadi Perdana Menteri ? kirim salam...
sumber geng anak hantu
MMI.
No comments:
Post a Comment