Ampa jangan gelojoh sangat sebab tak ada apa pun yang berlaku dengan cikgu kat atas tu.Gambar tu MMI ambik sebagai hiasan ja untuk entri ni.
Sebenarnya MMI nak bagitahu dengan para guru di luar sana baik yang menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional mahupun yang menyokong Pakatan Haprak bahawa dalam sedikit masa lagi jika dizinkan Allah SWT dengan hasil usaha daripada kerajaan Barisan Nasional insyaallah kebajikan ampa semua akan di "upgrade"kan lagi.
Haa berita baik tu , bagi MMI ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mendengar keluhan dan melihat bebanan tugas para guru harus di setimpalkan dengan gaji yang mereka miliki.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran sedia mengkaji saranan memberi imbuhan khas termasuk kenaikan gaji kepada 30,000 guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) yang mempunyai ijazah lanjutan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian akan terus berusaha memperbaiki laluan kerjaya guru supaya dilihat lebih menarik setimpal dengan bebanan tugas mereka.
Katanya, kementeriannya juga tidak pernah mengabaikan dan sentiasa menitik berat kebajikan guru di atas sumbangan besar mereka sebagai warga pendidik.
Bagaimanapun katanya, sebarang kelulusan bergantung kepada persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan kerana ia membabitkan kewangan kerajaan.
Kementerian sedia kaji saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan itu. NUTP boleh mengemukakan cadangan lebih konkrit untuk kajian, katanya.
Semalam, Presiden NUTP, Hashim Adnan meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan memberi imbuhan dengan memberi kenaikan dua tangga gaji kepada lulusan ijazah lanjutan dan tiga tangga gaji bagi pemegang doktor falsafah (PhD).
Katanya, ini berikutan ramai guru dan pensyarah menyahut seruan kementerian untuk memperoleh ijazah lanjutan, demi transformasi pendidikan negara.
Alhamdulillah , MMI tumpang gembira dengan berita baik ni..
Lepas ni bolehlah kawan MMI yang kerja cikgu tu belanja makan "steamboat" lagi hehehe..
MMI.
Profesion guru selalu di manja-manjakan tapi yang kuat menentang kerajaan adalah juga guru
ReplyDelete