Fuh nampak gayanya PRU13 lebih menarik dan penuh dengan debaran apatah lagi pengumuman Datuk Seri Najib tengahari tadi telah menyatakan BN bakal mengenengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi PRU13, manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN.
Sudah tentu apabila melihat kepada peratusan muka-muka baru ini , seluruh jentera parti khususnya UMNO dan Barisan Nasional ternanti-nanti dengan penuh debaran siapakah yang bakal di calonkan nanti.
Seperti semua sedia maklum Pulau Pinang merupakan negeri yang agak istimewa kerana disinilah segalanya bakal berlaku.Dengan pengumuman Anwar yang tetap akan bertanding di Permatang Pauh dan ramai lagi pimpinan pembangkang yang bakal mempertahankan kerusi masing-masing seperti Guan Eng , Karpal Singah dan banyak lagi maka sudah tentu pertarungan di Pulau Mutiara kali ini di jangka lebih sengit dari biasa.
Banyak pihak kini ternanti-nanti siapakah calon yang akan diumumkan nanti kerana Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang kini mempunyai senarai nama-nama calon tersebut.
Apa yang pasti kawasan-kawasan yang akan ditandingi oleh wakil dari parti UMNO kini berdebar-debar dan begitu teruja untuk mengetahui siapakah winnable candidate bagi kawasan masing-masing.
Untuk itu MMI minta kepada semua bersabar dan jangan cepat melatah kerana keputusan tersebut bakal diumumkan besok.MMI yakin kesabaran itu bakal memberikan kita satu kekuatan yang jitu bagi berdepan dengan barisan Pakatan Haprak dalam misi BN untuk merampas kembali Pulau Pinang.
Maaf MMI tidak akan mendedahkan kepada anda semua senarai nama calon tersebut kerana menghormati keputusan pucuk pimpinan maka kita sama-samalah tunggu keputusannya besok.
Jika MMI boleh menghormati keputusan pucuk pimpinan maka perkara yang sama MMI pohon kepada semua sama ada rakyat dan juga pimpinan sedia ada untuk kita sama-sama bermuhasabah diri menantikan keputusan besok dan akur kepada keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin kita.
Yang pasti BN bakal bertanding di semua kerusi dan itu membuktikan komitmen kita untuk terus bekerja bagi kemakmuran negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Hidup BN !!
MMI.
Nampaknya BN Penang memilih calon kitar semula untuk DUN Sg Bakap khabar dari sumber yang boleh dipercayai. Jika benar, BN masih tidak mahu belajar dari kesilapan dalam PRU 12 dimana Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal kalah di tangan calon PKR.
ReplyDeleteSaya rasa bn akan kalah lagi di sungai bakap...calon kitar semula yang tak berwibawa..tak prihatin jadi pilihan?? Ada candidate yang lebih baik dr saudara foad....tak tahulah macamana pucuk pimpinan buat pilihan...dan ternyata jangan salahkan rakyat pangkah parti lain...
ReplyDeleteFoad Mat Isa ni bukan ke dulu dah pernah bergelar YB Sungai Acheh? Saya pengundi Sg. Bakap, kalau En.Foad Mat Isa jadi calon BN, insya Allah saya akan undi Ustaz Makhtar. Ada org kata ini undi protes. Tak apa lah, tapi saya akan tengok jugak kalau calon BN orang baru.
ReplyDeletememang foad pernah jadi yb sungai acheh..tapi kami yang duduk kat sini tak nampak apa kebenda yang dia buat..yang tau dia bukak kedai makan, tukaq keta baru....sebab tu kami bersyukur dato mahmud di calon pada pru yang lepas..kini sungai bakap foad yang pegang...tak tahu lah macamana..tapi duk tengok banyak orang protes sbb tak nampak apa pun
ReplyDeletedah tahu dah....muktamad fuad calon baru saja dapat tahu......
ReplyDeletedekat tasik gelugor sabudin yahya calon BN lagi tak boleh pakai minta meja pingpong pun kemut...sory la tahun ni terpaksa undi orang lain
ReplyDeleteBN di ambang kekalahan sb byk calun2 bukan pilihan rakyat tapi pilihan PM...jangan marah kalau saya tak undi BN ..sb calun bukan pilihan rakyat setempat..
ReplyDelete