Followers

Wednesday 28 May 2014

Biar Apa Orang Nak Cakap Dato @AzeezPutera Ada Cara Tersendiri #prktelukintan


Ramai orang bercakap zaman serba maju ni cukup susah untuk dapatkan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.Walaupun banyak di luar sana tetapi mereka-mereka ini sering kali akan menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang mungkin punya rasa iri hati atau kerana kepentingan politik.

Bukan mudah sebenarnya kerana tanpa kekuatan mental pastinya tekanan yang di hadapi mampu membawa kemudaratan sama ada dari segi fizikal ataupun emosi.Bercakap memang senang tetapi bagi mereka yang berdepan dengan situasi seperti ini pasti faham dan semestiya niat serta keikhlasan untuk terus menunaikan tanggungjawab serta amanah rakyat menjadi bekalan untuk terus maju.

Pada pandangan MMI , Dato Azeez adalah salah seorang daripadanya dan bukan sedikit cercaan serta makian yang di lemparkan terhadapnya namun pemimpin muda ini terus ke depan.

Walaupun ada di antara kelebihan Dato Azeez di gunakan oeh pihak-pihak yang tidak senang dengan beliau sebagai senjata politik untuk memalukan atau menjatuhkan beliau , kini kelebihan itu di gunakan oleh Dato Azeez dalam perjuangannya bersama-sama dengan jentera Barisan Nasional yang kini sedang berjuang di Teluk Intan.

Video di bawah menjadi BUKTInya .. 



Kepada Dato Azeez , teruskan perjuangan .. kadang-kadang apa yang di sebut oleh pihak lain sebagai kelemahan kita adalah satu kelebihan.

சிறந்த டத்தோ !!

MMI

2 comments:

  1. Kualiti pembesar suara hancur...siapa nak faham

    ReplyDelete
  2. Kluangman, klu kualiti suara elok macamana sekali pun belum tentu awak akn faham kecuali awak faham bahasa Tamil!

    ReplyDelete

Labels