Followers

Wednesday, 28 May 2014

Anwar Sudah Mula Bicara Tentang BERSARA


Kehadiran Anwar dalam PRK Teluk Intan kali ini seolah-olah menjadi medan terakhir buat pemimpin pembangkang ini memandangkan ucapan beliau yang begitu memuji calon daripada DAP Dyana Sofya di lihat banyak pihak punya maksud tersirat.

Banyak pihak sedia maklum Anwar ketika ini masih menantikan proses rayuannya terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang telah memutuskan beliau sebagai bersalah dalam kes liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari.

Seperti biasa walaupun sering tampil sebagai seorang pemimpin utama pembangkang , dari raut wajah dan kata-katanya di Teluk Intan jelas memperlihatkan betapa Anwar semakin cemas dengan situasi semasa kerana beliau tahu hukuman yang terpaksa di lalui bakal melenyapkan masa depan politiknya.

Untuk itu Anwar bukan sahaja sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya terus mempertahankannya daripada di adili oleh undang-undang yang sah tetapi sedang mencari ruang untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dengan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon DAP di Teluk Intan.

Dalam satu ceramah Anwar di Teluk Intan , beliau telah menyifatkan Melayu seperti Dyana Sofya bakal menggantikan dirinya untuk merubah era politik Malaysia dari cengkaman kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Ini di buktikan apabila Anwar berkata “Walaupun saya tidak mengenali Dyana secara dekat, saya bangga dan gembira kerana saya percaya dengan pilihan DAP.Jika kemenangan di Teluk Intan milik kita, Dyana adalah simbol pembaharuan dalam dunia politik dan kemenangan ini adalah masa depan kita semua”.

Berdasarkan ungkapan itu dapatlah di rumuskan bahawa Anwar sebenarnya sedar beliau tidak akan mampu melakukan sebarang perubahan seperti mana yang di inginkannya.Kegagalan demi kegagalan dek kerana penipuan serta permainan politik murahannya selama ini sudah di fahami rakyat dan beliau tahu sukar untuk mendapatkan sokongan majoriti untuk memenuhi impiannya menduduki kerusi Perdana Menteri.

Kerana itulah Anwar mahukan pengundi di Teluk Intan supaya memilih Dyana kononnya untuk mewujudkan simbol baru bagi pembaharuan di dalam dunia politik selain daripada mewujudkan Melayu baru yang berani menentang fahaman konvensional UMNO.

Tanpa kesinambungan legasi Anwar , beliau tahu perjuangan songsang ini tidak akan ke mana.sumber

MMI

4 comments:

  1. lantak kat dia laaa......anggap macam tak ujud jer..

    ReplyDelete
  2. Bye-bye, Anwar. Bulan Ramadan hampir menjelang tiba, banyak-banyak bertaubat dan bermuhasabah diri.

    ReplyDelete
  3. Bila si Gay Tua ni nak pi Resort Bamboo River???? Dok menyemak kat luaq ni lagi apa sal????

    ReplyDelete
  4. Dengor boleh..percaya jangan ckp2 bang non malaun jibrauk nii....puiiiii.....

    ReplyDelete

Labels