Followers

Monday 4 August 2014

Khalid Bubar DUN ?!!


Berdesup-desup inbox MMI sejak pagi tadi , banyak pihak kenalan dan rakan-rakan ingin mengetahui tentang kesahihan berita yang kini sedang tersebar berkenaan DUN Selangor dibubarkan.Uih siapa yang bubar ni ?

Sehingga kini keadaan dan suasana politik Selangor sememangnya agak muram dengan kedua-dua kem melibatkan Khalid dengan puak Anwar masing-masing sedang mencongak strategi masing-masing.Walaupun usahah telah dilakukan untuk mengadakan perbincangan , rakyat perlu ingat bahawa itu adalah "camourflage" untuk menunjukkan bahawa PKR Selangor masih utuh sebagai sebuah keluarga sedangkan hakikatnya sedang bergolak.

Keadaan bertambah rumit dan panas apabila timbul desas-desus nama Azmin Ali kini disebut-sebut pula untuk mengisi jawatan Menteri Besar setelah berlaku kekecohan diantara parti yang mengaku sekutu dalam Pakatan Haprak.

Betulkah nama timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali timbul semula untuk jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Ikut cerita dalaman PKR, Azmin kini jadi pilihan setelah pencalonan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail cetuskan konflik ekoran keputusan PAS yang mahu Khalid dikekalkan.

Walaupun, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dikatakan kurang disenangi oleh segelintir pemimpin PAS tetapi mereka tidak ada pilihan selain bersetuju jika Azmin dicalonkan mengambil alih jawatan menteri besar.

Jika ditoleh kebelakangan, memang Azmim disebut-sebut menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, disebabkan krisis berpanjangan antara mereka, PKR mengatur Langkah Kajang supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menteri Besar.

Malangnya, Ketua Umum PKR itu tidak boleh bertanding kerana dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Justeru itu, Wan Azizah yang bertanding di PRK Dun Kajang dan menang sekalius membuka laluan untuk beliau dicalonkan menggantikan Khalid tetapi PAS lebih mahukan Khalid kekal.
Menurut sumber dalaman, Anwarsebelum ini yang menolak pencalonan  Azmin tetapi bagi meredakan kemelut dalaman Pakatan Rakyat ketika ini, beliau terpaksa menerima Azmin.

Azmin pula mendiamkan diri selepas nama Wan Azizah dicalonkan.

Barangkali merajuk, beliau yang juga ahli parlimen Gombak pergi menunaikan umrah dan pula sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pemilihan Azmin ini dikatakan setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada DAP dan juga memenuhi kehendak PAS untuk calon menteri besar selain daripada wanita.

Azmin juga menerima sokongan majoriti Pengerusi – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Timbul persoalan, apakah Anwar kecewa jika Wan Azizah tidak diangkat sebagai menteri besar?

Sebenarnya beliau tidak kecewa kerana jika Azmin yang dilantik, umum tahu bahawa Azmin adalah ‘anak didik’ Anwar.

Anwar tidak rugi langsung kerana masih orang disekelilingnya yang jadi menteri besar.

Cuma cabaran utama PR adalah bagaimana hendak berdepan reaksi Khalid apabila nama Azmin dicalonkan mengambil alih jawatan beliau.

Mungkin jika Wan Azizah disokong oleh PAS jadi menteri besar, Khalid dikatakan akan akur kerana beliau memang rapat dengan presiden PKR itu.

Namun, jika Azmin menggantikannya, pasti Khalid tidak akan menyerah bulat-bulat kerusi itu kepada seterusnya.

Tentu ramai menjangkakan Khalid akan memohon perkenan Sultan Selangor bagi membubarkan DUN Selangor supaya diadakan pilihan raya negeri.bnbbc

Kalau ditanya MMI apa yang harus Khalid lakukan ? Jawapannya mudah rujuk Sultan Selangor dulu ambil pandangan , tak salah kita menghormati institusi raja kemudian buat keputusan.

MMI yakin jalan terbaik untuk mengelak Anwar dan konco-konconya daripada terus merogol institusi politik negara adalah dengan mendapatkan perkenan Sultan dan kemudiannya bubar sahaja DUN Selangor.

Serahkan kepada rakyat Selangor untuk menentukan siapa yang layak !! 

Bukan ka hak rakyat yang menjadi perjuangan puak-puak Pakatan Haprak ?? Kalau bukan memang puak-puak ni lahanat la cerita dia ...

MMI

3 comments:

  1. Salam Bro,aku cadangkan pada TS Khalid Ibrahim,BUBARKAN DUN Selangor dan buat pemilihan yang baru.Itu lebih baik untuk menentukan siapa yang layak menjadi MB Selangor !

    ReplyDelete
  2. Aku setuju bubar DUN ...... lepaih ni kami nak tengok nasib Khalid ....... PAS pilak keluar PR ..... kan best ! bertambah dramatik suasana PRU negeri nanti . Cam ner PAS ada brani ?

    ReplyDelete
  3. Inilah salah satu objective sebenar Kajang Move..nak naikkan Azmin Ali jadi MB melalui pintu belakang...kan Anwar tak suka pintu depan...

    Dan cuba bayangkan kalau Anwar jadi MB sebelum masuk penjara...dan dimasukan ke penjara ketika jadi MB.!!!

    Cukup tak alasan PKR dan Anwar untuk heret rakyat Selangor ke jalanraya sekali lagi??

    Dan utk ANWAR jadi PM, BN perlu ditumbangkan secara DEMONtrasi jalanan dan kacau bilau...tiada cara lain..maka kacau bilau dan DEMONtrasi hanya besar impaknya hanya boleh dimulakan bila "MB" dihantar kepenjara..macam2 dudulu

    ReplyDelete

Labels