Followers

Monday 4 August 2014

Keluarga KARPAL Wajib Ucap Terima Kasih Pada PCM @Huan2U


Isu pemandu warga India C.Selvam yang selama ini memberikan sumbangan besar dalam keluarga mendiang Karpal Singh ditahan lokap kerana tidak mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5 ribu kini selesai.Jika sebelum ini RamKarpal anak kepada mendiang Karpal berdolak-dalih dengan memberikan alasan yang semua orang tau sekadar lepas tangan kini C. Selvam telah pun mendapat bantuan daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) apabila Datuk Huan Cheng Guan tampil membantu beliau.

Hairankan PCM pula yang tampil bantu pemandu mendiang Karpal Singh ni sepatutnya puak-puak yang mengaku pejuang hak kemanusiaan tu turunlah tengok-tengok apa yang patut.

Tak cukup dengan tu yang keluarga mendiang Karpal ni awat yang jadi lagu tu !! Perangai macam haram ampa boleh biaq orang yang selama ni setia dengan ampa kena tahan langsung tak mau bantu.

Untuk rekod Selvam, 27, dituduh membawa kereta secara berbahaya pada 17 April 2014 di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Kampar, sehingga menyebabkan kematian Karpal Singh, 74 dan Michael Cornelius, 39 sementara Ramkarpal Singh,38 dan seorang pembantu rumah mengalami luka-luka.

Tertuduh ditahan di lokap selepas beliau tidak mempunyai RM5,000 untuk membayar wang jaminan dan tiada sesiapa yang membantunya sejak kes tersebut didengar kali pertama di Mahkamah Sesyen Kampar 9 Julai lalu.

Soalnya sekarang dah terbukti ka dia bawa secara berbahaya ?? Ish ingat puak-puak ni lawyer bagai pandai sangat tapi sayang bodoh sebab ada perangai dendam.

MMI tertarik dengan kenyataan Datuk Huan apabila beliau mempersoalkan tentang kenapa DAP begitu cepat menawarkan khidmat guaman kepada Kiki, wanita yang dirakam memaki seorang warga emas dan memukul keretanya dengan ‘steering lock’ di Kuantan.

“Mungkin DAP hanya mahu membantu kalau sesuatu kes dapat membantu parti mereka dapat publisiti sahaja,” katanya.

Hahahah MMI nak jawab soalan Datuk Huan tu , sebab DAP la ni tengah cari awek-awek bangsa Melayu yang cun-cun untuk disalai bagi mendapatkan kepercayaan politik orang Melayu khususnya dalam menghadapi PRU14.

C.Selvam bukan awek Datuk !! Sebab tu DAP tak mau !!!


Walaupun ada pihak-pihak yang tidak senang dengan tindakan PCM ini dengan menuduh bahawa apa yang dilakukan oleh PCM itu punya kepentingan politik , MMI nak ucap tahniah kepada Datuk Huan dan PCM kerana telah membuktikan semangat 1Malaysia apabila membantu warga India pula.

Malah bantuan yang diberikan terhadap C.Selvam tu bukan ada untung apa-apa pun , PCM cuma jalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.Nak kata C.Selvam tu bagi undi dekat Datuk Huan masa PRK Bukit Gelugor kompom dak lah...

Datuk Huan pula bukan menang pun masa PRK tu , jadi tang mana untung yang PCM dapat tu ??

Apa yang pasti tindakan Datuk Huan dan PCM membuktikan anak beranak Karpal memang tak baguih !! Apa punya jenih .. Ucap terima kasih pun belum tentu !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels