Followers

Thursday 9 October 2014

PAS Dah Ubah Hala Kepada TOKONG DAP ?!!


Kesian ! Itulah ayat pertama yang muncul dalam kepala otak MMI apabila berbicara tentang parti PAS hari ini.Dengan pelbagai isu yang kini perlu di tepis oleh kepimpinan parti itu , sahabat yang diharapkan menjadi penyelamat pada ketika PAS hampir rebah bukan sahaja tidak membantu tetapi mengeruhkan lagi keadaan.

Mungkin itulah hakikatnya Tahaluf Siyasi yang menjadi pegangan PAS selama ini jauh menyimpang daripada sasaran sebenarnya.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang digantung tugasnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang menegaskan tidak akan tunduk kepada tekanan diterimanya termasuk oleh Pas negeri yang mahu beliau memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Iszuree mengakui beliau diberi dua pilihan iaitu memohon maaf atau disingkirkan jawatannya dalam MPPP.

"Ya, perkara itu merupakan keputusan mesyuarat melibatkan pemimpin Pas negeri dengan DAP, namun saya kekal dengan pendirian untuk tidak memohon maaf kerana saya membangkitkan perkara yang betul," katanya.

Tindakan ke atas Iszuree itu dilakukan selepas beliau mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ketika berucap dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini.

Mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan tidak akan melaksanakan pemecatan Iszuree sehingga satu perbincangan dibuat bersama beberapa pihak lain termasuk Ahli Majlis MPPP walaupun beliau melanggar etika.

Begitupun, beliau digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP manakala peruntukan akan disalurkan kepada seorang lagi Ahli Majlis dari Pas, Mhd. Nasir Yahya.

Keputusan itu sekali gus menjadikan Iszuree sebagai Ahli Majlis yang tidak berfungsi dan sekadar pada nama sahaja.

Dalam hal ini, beliau mengakui turut kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pas negeri yang lebih cenderung memihak kepada DAP berbanding dirinya selaku ahli Pas.

"Ada pemimpin utama Pas negeri meminta saya memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng tetapi saya tidak akan berbuat demikian," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Fadzil Kemi berkata, kerjaan negeri sepatutnya lebih terbuka dalam menerima cadangan yang disampaikan Iszuree.

Katanya, apa yang dinyatakan itu adalah suara Pas negeri yang mahu melihat nasib rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan terus terbela.

"Sehingga kini sebanyak 25 buah kampung telah menjadi mangsa kepada pembangunan, jadi sudah sampai masanya satu mekanisme dirangka bagi menangani masalah pengusiran penduduk kampung di negeri ini dari terus berlaku.

"Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap nasib penduduk kampung yang diusir ini? Kita kalau tiada bekalan elektrik sehari pun sudah kalut, ini pula kehilangan rumah," katanya.

Tambah beliau, pemecatan Iszuree itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah isi usul yang dibawa dalam menjamin kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, Pas negeri hanya merupakan suara minoriti dalam MPPP memandangkan daripada 24 ahli majlis yang dilantik hanya dua diwakili parti itu termasuk Iszuree.

Malah katanya, Pas juga tiada wakil dalam Exco kerajaan negeri.
   
Kini bukan sahaja parti tetapi MARUAH PAS di carik-carik seolah-olah mereka yang berada dalam parti itu buta , pekak dan tuli.Malahan mungkin lebih bawah kastanya daripada askar gurkha yang digunakan oleh penjajah British satu ketika dulu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels