Betullah orang kata si Anwar ni macam sesumpah , dia boleh buat apa sahaja yang dia suka sebab masih ada orang-orang lengai kat luar sana yang terlalu ego nak mengakui bahawa apa yang kita nikmati dan miliki hari ini telah ditentukan olehNYA.
Itu hakikat yang pasti dan tidak ada mana-mana pihak pun boleh mempertikaikannya melainkan mereka yang tidak beriman dengan Allah swt.
Dalam keadaan itu pun kita tidak boleh lari daripada mereka-mereka yang tidak seiman dengan kita dan mereka yang punya pegangan serta kepercayaan terhadap agama lain.
Mereka-mereka ini (walaupun tidak semua) bukan sahaja sering melihat dari sudut yang lain tetapi mampu mengheret orang kita untuk sama-sama taksub dengan apa yang mereka percaya sebagai perjuangan untuk rakyat Malaysia.
Begitu mudah orang kita dipesongkan !!
Seperti semua pihak sedia maklum setelah isu paling kontroversi berlaku sebelum Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini , besok merupakan antara hari terpenting kepada jutaan rakyat Malaysia.
Pembentangan bajet untuk 2015 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat amat dinantikan oleh banyak pihak.Rata-rata jutaan rakyat Malaysia mengharapkan agar dalam pembentangan itu nanti akan ada khabar gembira buat rakyat terbanyak selain daripada BR1M !!
MMI sendiri pun belum pasti apakah bentuk pembentangan bajet yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri besok selain daripada bunyi-bunyi tentang nasib rakyat di peringkat bawahan akan diberikan perhatian khususnya dalam mendepani situasi kos kehidupan yang semakin meningkat.
Namun seperti tahun-tahun sebelumnya , pembentangan bajet daripada pihak kerajaan pastinya akan disusuli dengan tindakan penuh dramatik pihak pembangkang.
Seolah-olah merekalah yang merencanakan kewangan negara dan menguruskan segala hal berkaitan perbelanjaan serta pendapatan negara.Pada ketika itu banyak mata memandang seolah-olah terpukau sehingga terdetik dalam hati Wahh !!! Pembangkang jauh lebih baik dan mengambil kira hak rakyat !!!
Hmm kononnya ... Hakikatnya semua itu hanyalah sekadar kertas tanpa nilai dan boleh sahaja dibentangkan oleh sesiapa.Anwar dan pembangkang suka menggula-gulakan rakyat walaupun ramai rakyat tahu gula itu langsung tidak punya rasa !
Kini menjelang pembentangan bajet 2015 , Anwar sekali lagi terkinja-kinja kononnya disaat inilah pandangan , pendapat serta buah fikirannya jauh lebih baik mengatasi segala-galanya.
Pakatan Rakyat (PR) memperkenalkan dua cukai alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan Putrajaya pada April 2015.
Dua cukai tersebut ialah Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) yang berperanan sebagai alternatif kepada GST dan juga Cukai Warisan Harta bagi pemindahan aset di kalangan golongan kaya.
Semasa membentangkan Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahun 2015 sangat mencabar bagi Malaysia.
Menurut ketua pembangkang itu, ini menyebabkan Belanjawan Malaysia 2015 (PR) fokus kepada beberapa isu pokok seperti gaji yang adil, mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan skim perumahan rakyat yang lebih radikal bagi membantu golongan muda. – 9 Oktober, 2014.tmi
Betul sangat ker ?? Di bumi Pulau Pinang sendiri pun sampai kena cukai katil apa cerita ? Di Selangor isu air dan janji tentang pembelajaran percuma anak-anak tadika pun tak boleh tunai apa cerita ? Kelantan kedudukan ekonomi yang pasif dan ketinggalan daripada negeri-negeri lain apa cerita ?
Kalau dah Anwar dan Pakatan Haprak ni bijak sangat takkan 3 buah negeri tu pun tak boleh nak dijadikan sebgai role model ???
Aisey nak bentang bajet negara ?? Alahai besok ampa semua tunggulah apa yang Najib bentang tu puak-puak musibat ni akan kata copy paste dari bajet Pakatan Haprak !! Hahahaha ..
MMI
suruh dia pergi bentang bajet tu untuk negara bhutan dulu. Tengok boleh ke negara tu jadi maju no 1 dalam dunia.....
ReplyDeleteCakap guna air liur, boleh la cakap besar itu ini....