Followers

Saturday, 21 October 2017

MALAY DILEMMA , Bila Tun Mahathir Melampaui Sempadan & Adab Kemelayuannya


Apakah yang anda semua dapat simpulkan daripada gambar diatas ? Adakah ianya sekadar satu sesi bergambar atau ianya satu lagi bukti betapa kerakusan politik akhirnya menyebabkan Tun Mahathir dan Melayu yang bersama itu terpaksa menelan ludah sendiri !

Semua pihak sedia maklum betapa Tun Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin yang begitu obses memperjuangkan agenda Melayunya.Bahkan kalau kita amati sejarah sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyanggah kenyataan tersebut.

Demi kelansungan perjuangan orang Melayu dan UMNO khususnya, Tun Mahathir adalah orang pertama yang menyatakan pendiriannya supaya seluruh rakyat menolak kehadiran Anwar Ibrahim kerana sifat bekas timbalan Tun Mahathir itu terlalu berbeza dengan norma-norma orang Melayu.

Tun Mahathir tidak sesekali boleh menerima kehadiran seorang pemimpin yang punya jiwa dua alam ! Lebih malang lagi manusia dua alam itu adalah orang yang beliau sendiri angkat ke kedudukan tertinggi dalam negara yang akhirnya menjadi penentang kepada pentadbirannya sendiri.

Bekas Perdana Menteri yang pernah menghasilkan buku bertajuk "Malay Dilemma" itu dilihat konsisten dalam apa jua yang dituturkannya malah tindakan selepas itu jelas memperlihatkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang boleh untuk orang Melayu bertaut.

Lim Kit Siang dan parti cauvinis DAP pula adalah musuh politik yang perlu ditentang habis-habisan, seluruh angkatan UMNO terus-terusan mendapat mandat supaya memperkukuhkan parti demi perjuangan ABATA.

Rakyat mendapat penjelasan demi penjelasan kenapa DAP perlu ditolak dan kenapa pembangkang perlu dinafikan majoriti mereka daripada membentuk kerajaan persekutuan.

Hakikat yang tidak ada mana-mana pihak boleh pertikaikan kerana Tun Mahathir benar-benar mengangkat perjuangan Melayu bahkan secara tidak langsung mengangkat kedudukan agama Islam selain mengajak rakyat supaya mengamalkan toleransi sesama kaum.

Itu secara tersiratnya, cuma kalau kita perhatikan perjuangan Melayu yang dibawa Tun Mahathir selama beliau memimpin Malaysia, kita pasti akan nampak bagaimana Tun Mahathir sebenarnya lebih awal memanipulasi orang Melayu di akar umbi.

Benar Melayu mendapat peluang dan ruang dalam meniti kehidupan mereka tetapi realitinya Tun Mahathir lebih menumpukan kepada kumpulan tertentu yang dipasaknya sehingga menjadi ORANG PALING KAYA dalam Malaysia.

Mungkin agendanya baik tetapi secara rasionalnya kumpulan-kumpulan yang dipasak itu bukanlah majoriti orang MELAYU !

Nama-nama seperti Vincent Tan , Ananda Krishnan , Robert Kok dan ramai lagi termasuk anak-anak Tun Mahathir rasanya adalah kalangan mereka yang jauh lebih menikmati hasil sokongan orang-orang Melayu terhadap perjuangan Melayu yang dibawa Mahathir !

Ramai yang tak sedar tetapi diterima kerana Tun Mahathir pada ketika itu masih lagi berpegang kepada prinsip perjuangannya.Mungkin kaedah yang digunapakai itu adalah "Short Cut" untuk memudahkan lagi peluang orang-orang Melayu untuk bertapak.

Merujuk kepada perkara diatas apakah kini kita yakin bahawa usaha dan perjuangan bekas Perdana Menteri itu selama ini benar-benar berpaksikan kepada melonjak keupayaan orang Melayu atau ianya lebih kepada mempertahankan apa yang telah beliau miliki sepanjang era pentadbirannya ?

Namun semua itu sudah terdedah tatkala tubuh badan Tun Mahathir mula digadaikan kepada DAP, parti yang paling dibencinya suatu ketika dahulu.Kehadiran Tun Mahathir bersama dengan DAP dan pimpinannya adalah saat paling penting khususnya kepada orang-orang Melayu kerana disitulah segala-galanya terjawab !

Satu persatu niat dan agenda songsang mula terdedah, emosi politik melampau yang langsung tidak berbatas akhirnya memakan diri !

Sebagai contoh apakah rakyat benar-benar mahu meletakkan kepercayaan terhadap segerombolan mereka-mereka yang kononnya benar-benar berjiwa pejuang dengan memilih parti yang bukan sahaja berantakan malah dikecam oleh kalangan ahli sendiri sehingga ramai yang telah bertindak keluar parti ?

Atau sanggup menjadi pak angguk kepada sekumpulan pemimpin yang punya agenda dan kepentingan masing-masing ?

Tanpa kita sedar Tun Mahathir adalah penulis "The Malay Dilemma" dan tanpa memperincikan intipatinya (kerana yakin ramai yang sedar) kita perlu melihat soal PERJUANGAN untuk mengangkat kedudukan orang MELAYU itu sendiri.

Dalam hal ini apabila kita sampai ke tahap itu, perkara paling penting adalah PENYATUAN kerana Melayu tidak akan mampu untuk berpecah lagi.Perpecahan hanya akan mengakibatkan berlakunya episod ulangan di mana untuk mensejahterakan MELAYU kita perlu jalan "Short Cut" seperti mana yang dilakukan oleh Tun Mahathr di era pentadbirannya dengan mewujudkan sekali lagi kumpulan sokongan yang pada hari ini jauh mengatasi kita.

Siapa mereka ? Fikirkan ....

Dan kalau kita perasan di waktu ini Tun Mahathir sebenarnya sudah pun mengulangi strategi "Short Cut" tersebut dengan mula berpaut kepada DAP !

Apakah kita mahu ianya berulang ?

Percayalah yang dilemanya adalah Tun Mahathir dan kerana dilema itulah akhirnya Tun Mahathir sanggup menghina keturunan orang-orang BUGIS !

Mana adabnya ?

MMI

1 comment:

  1. Pembeli buku malays dilemma patut mintak duit pulangan.. kerana setiap kata2 dlm buku dah terbalik skrg ni..

    ReplyDelete

Labels