Followers

Sunday, 22 October 2017

Tanah Runtuh Guan Eng Jangan Bagi Alasan Lagi Sila Keluar Dari P.Pinang !


Pakar segala putar belit ini sekali lagi mengambil jalan mudah apabila kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan 8 orang dan sebahagian lagi masih hilang (tertimbus) dianggap sekadar bencana di tempat kerja.

Secara ringkasnya memang kejadian tersebut melibatkan kawasan tapak pembinaan namun sebagai seorang Ketua Menteri, Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap nahas terbabit memandangkan ia melibatkan projek di kawasan tebing bukit yang sebelum ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak.

Isu pembangunan melibatkan kawasan bukit sudah lama menjadi rungutan banyak pihak sama ada NGO mahupun parti-parti politik tetapi sikap sambil lewa kononnya sudah terlalu kebal menjadi penyebab kenapa bencana yang paling dibimbangi itu akhirnya berlaku.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak pernah mahu belajar, insiden Highland Tower misalnya adalah contoh paling jelas betapa pembangunan di kawasan lereng bukit perlu mendapat perhatian serius kerana kesannya boleh membawa kepada kematian.

Lebih malang lagi,  Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pernah membantah pelaksanaan projek tersebut kerana faktor keselamatan namun kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkeras meluluskannya.

Malah penduduk juga diberitakan pernah membantah projek pembinaan di lereng bukit terbabit tetapi langsung tidak diendahkan.

Sikap keras kepala dan degil kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar mengecewakan rakyat khususnya mereka-mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan terlibat.

Bersembunyi disebalik nama "Projek Khas" bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan dilihat sekadar jalan pintas yang digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang sekarang ini mula kelam kabut selain mula menyalahkan pihak pemaju.

Apakah relevannya menjadikan nama "Projek Khas" ini sebagai "Gate Pass" untuk menghalalkan kerja-kerja pembinaan di lereng bukit sedangkan sudah terdapat garis panduan sedia ada iaitu tidak meluluskan projek pembangunan kawasan bukit yang terletak melebihi 76 meter dari paras laut ?


Kenapa agaknya projek ini diluluskan memandangkan sebelum ini sudah terdapat laporan terhadap kawasan yang sama sejak awal lagi ?


Perlu diingat berdasarkan pautan tersebut, isu yang sama bukan hanya melibatkan kawasan nahas tetapi juga di kawasan-kawasan lain.Oleh kerana itulah para pemimpin khususnya daripada Barisan Nasional hari ini dengan tegas menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya SEGERA menghentikan pembangunan di lereng bukit.





Yang pasti sudah ada nyawa yang terkorban dan suara-suara wakil rakyat serta penduduk langsung tidak dihiraukan.

Apakah ini yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat ? 

Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang mengamalkan prinsip Cekap , Akauntibiliti dan Telus ?

Macam YB Farid katalah "Guna Eng, Enough Is Enough" !!!!

So Lim Guan Eng sila keluar dari Pulau Pinang !

MMI

1 comment:

Labels