Followers

Friday, 8 December 2017

Boikot Dolar AS Cadangan Yang Tepat Tapi Sukar Di Laksanakan Kenapa ?


MMI tertarik dengan cadangan daripada MIC berhubung tindakan Amerika Syarikat yang mengistiharkan Baitumaqdis sebagai Ibu Negara Israel.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bendahari Agung parti itu, Dunia Islam diminta berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga minyak sebagai tindak balas Baitulmaqdis diisytiharkan sebagai ibu negara Israel.

Bendahari Agung parti MIC, Datuk Seri S Vell Paari berkata urus niaga boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.

“Kuasa dan pengaruh yang dimiliki Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meyakinkan negara pengeluar minyak untuk tidak lagi menggunakan dolar AS dalam perdagangan minyak.

“Ini akan memberi pengajaran kepada AS kerana keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mempunyai kesan buruk,” katanya dalam kenyataannya baru-baru ini.

Vell Paari juga berkata tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel akan menggagalkan usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Bagi MMI inilah sebenarnya kaedah dan tindakan yang wajar dilakukan oleh semua negara-negara Islam di dunia kerana keputusan seumpanya mampu menggerunkan Amerika Syarikat memandangkan jumlah negara yang menguasai minyak adalah terdiri daripada negara-negara Islam.

Cuma dalam konteks ini, kita perlu berlapang dada untuk menerima hakikat bahawa pihak yang perlu kedepan dalam soal ini adalah negara-negara seperti Arab Saudi dan negara-negara pengeluar minyak terbesar dunia yang lain dan bukannya negara seperti Malaysia.

Jika itu mampu dilakukan oleh negara-negara tersebut, sudah tentu ianya akan disokong oleh negara-negara lain seperti Malaysia.

Namun soalnya apakah negara-negara seperti Arab Saudi boleh bertindak setahap itu ?

Sejarah sudah membuktikan kepada kita bagaimana tunduknya negara-negara pengeluar minyak ini terhadap tuntutan dan penguasaan Amerika Syarikat terhadap industri minyak dunia.Malah dalam konflik perang Iraq misalnya Arab Saudi sudah pun membuka jalan kepada campur tangan Amerika Syarikat sehinggakan menjadikan negara arab itu sebagai pusat penempatan tentera Amerika Syarikat sehingga jatuhnya Iraq.

Dalam keadaan ini MMI dapat membayangkan betapa sukarnya cadangan untuk memboikot matawang Dolar AS kerana ada pihak-pihak besar di luar sana lebih mementingkan diri sendiri.

Malaysia walaupun konsisten dalam isu membabitkan Palestin dan Baitulmaqdis, tetap memerlukan tindakan dan keputusan berani daripada negara-negara pengeluar minyak dunia untuk memulakan gerakan seperti mana yang dicadangkan.

MMI juga yakin sekiranya Malaysia adalah negara pengeluar minyak terbesar dunia tindakan sebegini rasanya telah lama dilakukan dan kita perlu menerima hakikat bahawa untuk merealisasikan hasrat itu dalam usaha mempertahankan Baitulmaqdis, Malaysia tidak punya keupayaan sedemikian namun tidak bermakna Malaysia tidak melakukan apa-apa.

Suara dan pendirian kita kekal konsisten menolak cadangan Amerika Syarikat dan tindakan BERANI ini dilakukan pada ketika Malaysia juga punya hubungan dari sudut politik dan ekonomi dengan Amerika Syarikat.

Terima kasih MMI ucapkan kepada MIC kerana memahami kepentingan orang-orang Islam di dunia dan hadir dengan pandangan yang cukup baik.

Tindakan yang membukitkan konsep kesepaduan yang diamalkan dalam Barisan Nasional adalah yang terbaik bukan seperti mereka-mereka dalam Pakatan Haprak yang lebih banyak membisu kerana bimbang dengan si DAP.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels