Followers

Friday, 8 December 2017

KRONISME Melampau 100 Tinggalkan DAP


DAP bukanlah parti politik biasa-biasa, parti politik ini dimiliki sepenuhnya oleh kalangan mereka anak beranak dan ianya boleh kita lihat sampai ke hari ini.Makanya apabila semua anak beranak diangkat menjadi pemimpin bagaimana agaknya mereka-mereka yang kekal berseorang dalam parti mampu bersuara ?

Dan kalau mampu bersuara pun sampai ke tahap mana agaknya ?

Atau mungkin persoalan ini boleh kita ajukan, kalau boleh bersuara sekalipun suara yang macam mana agaknya ? MENGAMPU ? Sebab ada ramai yang dah diketepikan hanya kerana mengkritik parti.

Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya sering mendabik dada mengatakan parti cauvinis DAP itu adalah parti yang paling baik dalam semua parti-parti yang ada di Malaysia sama ada melalui ucapan, komen mahupun dari bahasa badan sendiri.

Oleh yang demikian sudah pastilah parti yang sebegini diterima oleh seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi daripada kaum Cina sendiri.

Namun yang berlaku sebaliknya !

Sebelum ini kita sudah menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin dari DAP sendiri bangkit mengkritik dasar pentadbiran parti itu.Kritikan-kritikan yang dibuat itu bukan main-main ianya melibatkan dasar parti dan juga urusan pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang.

Jadinya DAP bukanlah parti yang baik apatah lagi GAH seperti mana yang dilalakkan olah pemimpin-pemimpin mereka.

Keegoaan dan sikap sombong serta besar kepada DAP akhirnya mengundang padah apabila 100 orang ahli DAP akar umbi akhirnya membuat keputusan meninggalkan parti itu dan menyertai parti lain.

Seolah-olah satu tumbukan padu ke muka Lim Guan Eng kerana tindakan itu bukan sahaja menelanjangkan wajah sebenar DAP tetapi juga mengaibkan keperibadian para pimpinan DAP sendiri.

Buktinya bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat, bersama 100 ahli dan penyokong DAP kawasan Nibong Tebal mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP)

Keputusan itu dibuat selepas tidak lagi tahan dengan sikap kronisme yang dibelenggu oleh sikap kekeluargaan dalam parti tersebut.

Tambah Beng Huat beliau juga merasakan DAP bukan lagi ‘bumbung yang selamat’ baginya dan ahli DAP yang lain untuk berteduh sekiranya elemen ‘dinasti keluarga’ masih dipertahankan.

Beng Huat, berkata sejak menjadi ahli DAP lebih 10 tahun dan menjadi ADUN Jawi apabila menang dengan majoriti hampir 4,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu, prinsip serta ideologi sosialis demokrat yang diamalkan parti berkenaan sudah berubah.

Beliau berkata, keadaan berubah selepas DAP menerajui kerajaan negeri selama dua penggal, ideologi yang diperjuangkan selama ini bukan lagi satu keutamaan selain jasa ahli veteran parti itu dilupakan.

“DAP kini lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai ‘dinasti keluarga’ dan sikap ego, bongkak dan sombong mula meresap ke dalam pentadbiran DAP.

“Sampai hari ini, selepas hampir satu dekad DAP memerintah tahap keegoan dan sombong mereka semakin kronik bila rakan kongsi mereka daripada PKR yang menyumbang 10 kerusi DUN turut diperlekehkan dalam beberapa isu membabitkan soal pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media hari ini.

KRONISME dan DINASTI KELUARGA !!!!

Beb bukan MMI kata beb ... itu kata-kata daripada ahli dan bekas pemimpin DAP sendiri !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels