Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan lantang dan berani sudah pun menyatakan pendirian kerajaan Malaysia terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel.
Malaysia membantah dan menolak sebarang usaha mahupun apa bentuk cadangan sekalipun kerana Baitulmaqdis adalah tempat suci ketiga bagi orang-orang Islam.
Malah Wisma Putra kemudiannya telah melahirkan rasa kecewa negara melalui perjumpaan dengan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Dean Thompson berhubung keputusan negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim dilaporkan bertemu Thompson di Kuala Lumpur baru-baru ini atas permintaan Kedutaan untuk memaklumkan mengenai keputusan Presiden Donald Trump itu pada Rabu.
Semasa pertemuan itu, Ramlan berkata keputusan itu membakar sentimen umat Islam dan tidak menyumbang kepada kestabilan rantau itu.
Kenyataan itu juga menyebut ia menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel dan akan membangkitkan lagi naratif radikal.
Ramlan turut mengulangi pendirian bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang adil supaya krisis di Timur Tengah akan diselesaikan.
Dalam pada itu kita juga dapat menyaksikan bagaimana reaksi sebahagian daripada warga Malaysia yang terkesan hasil daripada kerja-kerja propaganda pembangkang yang mempersoalkan pula hubungan yang sedia terjalin dengan Amerika Syarikat.
Tindakan yang disusun sebegitu rapi untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan hanya bersandiwara dalam soal Baitumaqdis sedang dalam masa yang sama punya hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat.
Apakah tuduhan-tuduhan itu benar atau ianya sama sekali dangkal dek kerana politik murahan dan propaganda pembangkang ?
Umum perlu mengetahui bahawa ada perbezaan antara hubungan politik, ekonomi selain prinsip berkaitan kemanusiaan dan agama.
Dalam soal Baitulmaqdis misalnya meskipun Malaysia menjalinkan pelbagai kerjasama perdagangan dengan Amerika Syarikat, tetapi tidak bermakna Malaysia akan tunduk untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu bagi Israel.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia tetap berpegang teguh dengan prinsip untuk menolak perkara yang boleh mencemarkan maruah Islam khususnya melibatkan kedaulatan bandar ketiga suci Islam itu.
“Malaysia boleh berkerjasama dengan AS dalam aspek lain tapi bukan dalam isu Baitul Maqdis tetapi soal prinsip Malaysia tetap pendirian.
“Ia bertentangan dengan kedaulatan dan bertentangan dengan PBB. Ini menjadikan semakin sulit penyelesaian kedamaian dua negara disamping membawa kepada ketegangan dan mungkin pertumpahan darah yang serius dan dahsyat kalau tak dibendung dengan sesuatu langkah,” katanya dalam sidang media sejurus selesai berucap selepas menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di PWTC, Sabtu.
Menurutnya, isu berkenaan perlu diselesaikan segera secara rundingan diplomasi dan berharap tidak tercetus peperangan di rantau itu.
“Bukan sahaja negara Islam membantah perkara tersebut, malah negara bukan Islam menentangnya.
“Saya berharap isu BaitulMaqdis tidak sampai ke tahap menggunakan strategi ketenteraan. Harap boleh gunakan strategi diplomasi dan rundingan sahaja,” katanya.
Perdana Menteri Malaysia sudah pun memaklumkan akan berangkat ke Turki selepas selesai PAU bagi menghadiri mesyuarat khas OIC khusus bagi membincangkan isu membabitkan baitulmaqdis.
Ringkasnya kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri sudah pun membuktikan keberanian dengan menyatakan pendirian tetap mereka terhadap isu Baitulmaqdis dan tindakan ini sebenarnya punya risiko tersendiri.
Sebagai sebuah negara yang punya hubungan tertentu dengan Amerika Syarikat sudah pastilah pihak sebelah sana boleh sahaja bertindak balas dengan memutuskan hubungan tertentu namun Malaysia kekal dengan pendirian tersebut atas nama ummah dan Islam.
Satu tindakan yang tidak mampu dilakukan oleh orang-orang Melayu yang kini berada dalam parti-parti pembangkang khususnya Pakatan Haprak waima mereka hampir pasti tidak terjejas.
Cuma mungkin kebisuan mereka itu ada kena mengena dengan hubungan sebelum ini dan kerana itu mereka lebih rela untuk melihat Baitulmaqdis dijajah sekali lagi dan membiarkan orang-orang Islam di dunia bersuara kerana yang penting bagi mereka adalah menjatuhkan kerajaan BN pimpinan UMNO.
What a shame !
MMI
No comments:
Post a Comment