Followers

Saturday, 9 December 2017

PAS Perlu Kalah PRU14 Untuk Buktikan Kesetiaan Mahathir Pada DAP


Tun Mahathir tidak lagi sanggup melihat sahabat sebantalnya parti cauvinis DAP tewas dalam PRU14 dan usaha ke arah itu perlu dilakukan segera kerana Tun Mahathir tahu hidup matinya politik beliau dan PPBM hanya bakal ditentukan dengan keputusan selepas proses pengundian selesai.

Semua pihak sedia maklum Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam PPBM pada hari ini bukan sahaja sedang berhadapan dengan konflik dalam parti sendiri tetapi prinsip dan pendirian parti dan pemimpin PPBM yang jelas bukan lagi bertunjangkan kepada perjuangan orang Melayu.

Apatah lagi dalam hal mempertahankan Islam sebagai institusi paling tinggi kedudukannya dalam negara kerana Tun Mahathir sudah bersetuju dan mengiakan perjuangan DAP yang dasarnya adalah KESAMARATAAN itu sebagai wadah perjuangan sekaligus mencerminkan betapa DAP menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Jika itulah prinsipnya maka Tun Mahathir jelas gila kerana dasar KESAMARATAAN DAP secara automatik sudah pun menafikan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi yang boleh diamalkan serta disebarkan ke seluruh negara berbeza sama sekali dengan agama lain yang hanya boleh diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan seperti mana kedudukan agama Islam itu sendiri.

Apakah perkara itu mencerminkan dasar KESAMARATAAN yang diperjuangkan DAP ?

Sudah tentu tidak dan barangkali kerana terlalu obses untuk melihat kerajaan BN yang dipimpin UMNO itu tumbang maka Tun Mahathir mula menyerang parti PAS.

Malah Tun Mahathir sudah memulakan propaganda awalnya dengan membayangkan parti itu (PAS) akan tewas dalam PRU14 hanya kerana bekerjasama dengan UMNO dan bukannya Pakatan Haprak.

PAS kemudiannya membalas kenyataan Tun Mahathir itu sebagai tidak perlu jadi ‘pak nujum’ dan meramalkan nasib PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana beliau cuma seorang manusia. 

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata kalah atau menang pilihan raya bukanlah ditentukan Dr. Mahathir.

“Pasal yang itu, kita tunggu pilihan raya siapa yang menang, siapa yang kalah…kita tunggu,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Mahfodz turut menafikan tuduhan Dr Mahathir yang mendakwa PAS kini penyokong Najib.

Tegasnya, apa yang berlaku antara kedua parti hanyalah kerjasama dalam isu Islam dan orang Islam.

“Di dalam politik, kita tak pernah berbincang nak dengan UMNO,” katanya.

Tun Mahathir sedar untuk menumbangkan UMNO bukanlah sesuatu yang mudah kerana parti itu konsisten dalam perjuangannya malah dasar dan gerak kerjanya punya 'track record' yang boleh dijadikan sebagai perbandingan oleh rakyat.

Keutuhan parti UMNO sukar untuk dipecahkan kerana pengalaman mendepani pelbagai cabaran demi cabaran sudah dilalui oleh parti itu dan Tun Mahathir juga sedar tindakannya menubuhkan PPBM tidak mampu menggugat kedudukan UMNO sehingga terpaksa melukut dan menyembah DAP.

Malah jiwa Tun Mahathir juga berubah apabila kini menyerang PAS seolah-olah kerjasama dalam isu Islam diantara kedua-dua parti itu adalah bersifat kepentingan politik.

UMNO dengan cara UMNO dan PAS dengan cara PAS cuma rasanya tidak salah untuk kedua-duanya bersama dalam keputusan-keputusan penting yang mampu memayungi orang-orang Islam dan institusi Islam di Malaysia.

Lebih memalukan Tun Mahathir perlu berusaha semaksima mungkin untuk meyakinkan DAP bahawa kehadirannya mampu menyumbang kepada keutuhan dan penguasaan parti DAP.

Kerana Tun Mahathir juga tahu jika gagal merealisasikan impian itu maka DAP tidak akan ragu-ragu untuk menghumban Tun Mahathir keluar seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini terhadap pimpinan-pimpinan lain.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels