Akhbar The West Australian telah mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak $60,000.00 atau RM194,157.00 di sebuah pusat membeli belah di Perth baru-baru ini sewaktu YAB PM menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sana.
Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan , akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri Malaysia juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas.
The West Australian juga menyebut adalah menjadi polisi akhbar itu untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka seboleh yang mungkin.
YAB PM dalam Twitternya turut menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri CHOGM di Perth baru-baru ini.Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan .
Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang turut mendakwa seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000.00 atau RM485,475.00 bagaimanapun laporan itu tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya sehinggakan di Malaysia blog-blog dari pembangkang mengaitkan individu tersebut dengan Isteri YAB PM Malaysia.
Inilah bukti jelas penafian tuduhan yang dilemparkan oleh puak-puak pembangkang terhadap YAB PM.
Antara bukti fitnah dari pemimpin Pakatan Rakyat :
MMI tertunggu-tunggu permohonan maaf daripada blog-blog dan pihak pembangkang yang begitu rakus menuduh dan memfitnah YAB PM.Untuk Lim Guan Eng pula seharusnya beliau merupakan orang pertama yang perlu mengarahkan semua pihak dari pembangkang yang telah menaburi fitnah ini agar membuat permohonan maaf secara terbuka.Ini kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpegang kepada prinsip politik sihat kononnya bilamana telah menyatakan sewaktu sidang akhbar berkenaan kes salah laku anaknya bahawa dalam politik tidak seharusnya kita mengaitkan atau mempergunakan anak dan keluarga seseorang pemimpin untuk menjatuhkan seseorang pemimpin politik yang lain.
Sekarang macam mana Lim Guan Eng ada berani ka ?
MMI turut merasakan tidak cukup sekadar penjelasan dan penafian yang dilakukan oleh tabloid The West Australian kerana ianya perlu disusuli dengan permohonan maaf dari pihak mereka kerana ianya melibatkan maruah YAB Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai seorang rakyat Malaysia MMI menuntut permohonan maaf ini dilakukan.
Bercakap memang senang.
MMI.
No comments:
Post a Comment