Followers

Wednesday 9 November 2011

Akhirnya Guan Eng Tahu Langit Itu Tinggi Bukan Rendah

Lim Guan Eng satu nama besar dalam dunia politik negara.Besarnya bukanlah sampai mengatasi pemimpin - pemimpin agung negara sebelum ini bahkan untuk berdiri sama tinggi dengan pemimpin - pemimpin lain juga sebenarnya LGE patut malu.Besarnya LGE apabila DAP menang di Pulau Pinang dalam PRU12 yang lalu dan bermulalah episod besar kepala LGE laknatullah ini.

MMI cuma mahu mengajak semua untuk sama-sama kita berkongsi rentetan satu peristiwa yang cukup membuktikan bahawa LGE ini besar kepala tetapi dalam masa yang sama bodoh sombong.Bersama puak-puak PAS bolehlah beliau berbohong tapi dengan rakyat keseluruhannya beliau sebenarnya gagal.

Semuanya bermula dengan berita LGE dalam satu perjumpaan di Singapura untuk menarik pelabur-pelabur untuk melabur di Pulau Pinang tetapi dalam masa yang sama telah membandingkan Pulau Pinang dengan Johor.Bandingan yang diberikan oleh LGE ini cukup membuktikan beliau bukan merupakan seorang pemimpin yang bijak.Bagi MMI pemimpin sebegini jika memimpin negara Malaysia pastinya akan menyebabkan seluruh rakyat sengsara dan mungkin berperang hanya kerana satu kenyataan.

Semuanya bermula disini.


Rentetan daripada berita ini maka bermulalah episod duka LGE apabila banyak pihak mula mempertikaikan tindakan beliau membandingkan Pulau Pinang dengan Johor hanya dengan alasan kebarangkalian untuk diculik adalah tinggi di Johor berbanding Pulau Pinang.Banyak pihak terutamanya rakyat Johor cukup terkilan di atas keceluparan dan kebodohonan LGE dalam isu ini.

Rakyat Johor Membantah Kehadiran LGE
Selain daripada bantahan dan protes oleh rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia terhadap LGE.Pelbagai pihak tampil dan mendesak LGE untuk memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya.Antaranya :
 







Tidak cukup dengan itu LGE juga ditempelak oleh YB Rembau dalam Dewan Rakyat ketika Parlimen bersidang bagi membahas bajet 2012.
Selain dari itu blog-blog pro BN juga turut bertindak membawa isu ini kepada mereka-mereka yang mengikuti maklumat dari dunia maya .Desakan demi desakan bertali arus telah di buat terhadap LGE dan akhirnya LGE TEWAS.Seorang yang dilihat begitu angkuh pada awalnya terkulai layu dan ini sebenarnya merupakan isyarat daripada rakyat agar setiap pihak harus menghormati dan jangan sesekali membuat sesuatu tindakan yang boleh mendatangkan kebencian atau pergaduhan terutamanya melibatkan rakyat negara Malaysia.

Lim Guan Eng akhirnya Memohon Maaf .
Inilah sikap seorang pemimpin yang diangkat sebagai khalifah oleh puak-puak PAS yang begitu taksub terhadap DAP.Sejauh mana hebatnya Lim Guan Eng di mata puak-puak PAS ? Adakah beliau telah menunjukkan satu teladan yang baik apabila dengan jelas tidak menghormati Sultan Johor dalam kenyataannya terhadap negeri Johor ? Apakah beliau hari ini mempunyai kuasa untuk bercakap seolah-olah beliau sedang memimpin sebuah negara ? 

Kepada puak-puak PAS penyokong tegar DAP sedarlah bahawa kamu sedang menyokong sekumpulan manusia yang cukup membenci bangsa kamu sendiri apatah lagi agama kamu.

Kepada Lim Guan Eng dan rakan-rakan seangkatan , MMI yakin hari ini kamu tahu bahawa langit itu tinggi  bukan rendah.Jangan cabar orang Melayu!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels