Followers

Friday, 24 June 2016

SORRY Tun The Time Has Come !


MMI lahir dalam era Tun Mahathir sedang mencipta kegemilangannya !

Itu pasti dan era itu menjadi satu pengalaman yang cukup berharga dan siapa jua yang melaluinya akan merasai betapa bangganya kita menjadi rakyat Malaysia.

Walaupun rasa bangga itu masih lagi menebal dalam diri kerana kita pernah memiliki seorang pemimpin yang disegani diseluruh dunia , suasana dan keadaan hari ini sudah jauh berbeza,

Perubahan yang sebenarnya sudah bermula sejak Tun Abdullah Badawi didesak untuk berundur daripada menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Malahan MMI masih ingat lagi Tun Abdullah didesak supaya berundur oleh Tun Mahathir sendiri sedangkan beliaulah yang mengangkat Tun Abdullah ke kedudukan tersebut.

Secara ringkasnya Tun Mahathir juga pernah GAGAL dalam percaturannya memilih pengganti dirinya walaupun hal ini tidak digembar-gemburkan.

Hakikatnya kegagalan Tun Mahathir ini diselamatkan oleh polisi pentadbiran Tun Abdullah pada ketika itu yang diwar-warkan sebagai lemah sedangkan apa yang perlu dilakukan oleh seluruh kepimpinan UMNO khususnya pada ketika itu termasuk Tun Mahathir sendiri adalah memberikan sokongan selain membantu pucuk pimpinan untuk terus melakar kejayaan.

Namun semua itu tidak berlaku pada ketika itu barangkali orang-orang Melayu terkesima dengan gerakan sedemikian apatah lagi ianya melibatkan kedudukan kepimpinan tertinggi.

Apa pun semua itu sudah menjadi catitan sejarah dan kita pada saat ini perlu terus memandang kehadapan untuk memastikan legasi perjuangan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional terus diperkemaskan selain menumpukan kepada kejayaan bersama.

Dalam artikel sebelum ini MMI telah mengulas panjang tentang betapa pentingnya UMNO belajar daripada melakukan kesilapan yang boleh mengundang kepada kemudaratan khususnya kepada orang-orang Melayu.

Orang UMNO tidak boleh sesekali hilang fokus dan menjadikan emosi sebagai asas dalam membuat keputusan.MMI telah sebut awal-awal lagi betapa tindakan menghukum pemimpin dan digantikan dengan orang lain melalui gerakan jalanan , politik melampau tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan boleh menggugat imej dan maruah parti UMNO dan orang Melayu itu sendiri.

Baca artikel berkaitan di sini Perlukah PM Di Ganti ?? Ahli UMNO Wajib Baca !!   

Hari ini kita sedang berdepan dengan 2 perkara utama yang pada pandangan MMI perlu kita tangani dengan baik dan berhemah.

1.Serangan bertali arus gerakan Tun M dan pembangkang terhadap pucuk pimpinan dan kerajaan
2.Keupayaan UMNO dan BN untuk terus mendapat kepercayaan rakyat

Dalam keadaan tertentu UMNO perlu dilihat konsisten dengan dasar dan komited dengan tindakan memandangkan kita sudah terlalu lama berlembut dengan usaha serta gerakan agresif bermotif politik.

Kerana itulah desakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mahukan supaya kerajaan segera menghentikan segala bantuan termasuk kewangan dan harta tetap yang diberi kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sejak dari penubuhannya perlu diberikan perhatian serius.


Baca ulasannya di SINI 

Mengulas lanjut tentang desakan ini adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , saudara Rafizal Abdul Rahim.Dalam ulasannya beliau berkata “Kami juga melihat bahawa objektif penubuhan asal Yayasan Kepimpinan Perdana ini telah lari daripada tujuan asalnya, malah tindakan Tun Mahathir yang jelas tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan telah bersekongkol dengan Pihak Pembangkang, maka amat wajar beliau meletak jawatan daripada menerajui Yayasan ini.

“Pemuda UMNO Pulau Pinang akan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk terus menerajui kepimpinan Negara,” ujarnya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini.Seterusnya 


Gambar atas menunjukkan satu perjumpaan diantara Tun M dengan barisan kepimpinan pembangkang di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Persoalannya untuk apa perjumpaan itu dilakukan ?

Untuk mendapat reaksi pembangkang tentang senario politik semasa ? 

Sewaktu disoal tentang pertemuan tersebut , Tun M berkata “Kita bukan cakap soal parti kita, parti dia tapi kita bercakap berkenaan rakyat melawan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak). Soal parti kita tak bangkitkan,” katanya.Baca seterusnya di SINI 

Come on lah ... 

Bagi MMI inilah perkara pertama yang harus Tun M fikirkan kerana tiap tindakan itu selalunya akan memberikan impak balas sama ada kepada apa yang kita mahukan atau kepada diri kita sendiri.

Dalam gerakan Tun M bersama pembangkang ini , ternyata apa yang cuba disampaikan kepada akar umbi hanyalah momokan politik yang secara jelas memperlihatkan kepada kita betapa semua pihak yang terlibat itu mempergunakan sesama sendiri untuk kepentingan masing-masing.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah nyatakan dengan jelas semua yang dimomokkan itu samar malah terlalu jelas beragendakan politik bukan untuk kepentingan rakyat !


Selain daripada desakan pemuda yang MMI lihat kena pada masanya itu keputusan PRN Sarawak serta 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga WAJIB dijadikan sebagai pemangkin kepada usaha berterusan kerja kuat UMNO dan Barisan Nasional selepas ini.

Ambillah pendekatan gerak kerja kempen di Kuala Kangsar yang MMI rasa wajar dijadikan sebagai antara "guide line" dalam siri-siri seterusnya khususnya dalam menghadapi PRU14.

Sesuatu yang pasti BN telah membuktikan betapa tanpa kehadiran calon kita masih menjadi pilihan rakyat dan ini membuktikan betapa dasar dan gerak kerja BN sudah berada dilandasan yang betul.

Perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dan berusahalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Dalam tempoh sebegini sewajarnya kita lebih menumpukan kepada usaha untuk memakmurkan rakyat dan negara bukan dengan gerakan berbau politik dan dendam yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Tun M bukan lagi ahli UMNO dan tidak salah untuk UMNO dan kerajaan bertindak !

Kepada Tun Mahathir , MMI doakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.Amin.

MMI

10 comments:

  1. Adakah serangan Tun itu tanpa sebab? Dan pihak Najib pulak menangkis serangan tersebut dengan menarik balik segala kemudahan yg telah diberikan kepada beliau tanpa menjawab yg Tun lontarkan. Inikan cara pamglima bugis menghadapi lawan? Rakyat sedang menilai dan PRU 14 pun tak berapa lama lagi. Teruskan mimpi indah usai kemenangan prk sg besar dan kuale kangsar. Kata bijak pandai kegembiraan itu selalunya berakhir dengan kesedihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab utama serangan mahathir tu kerana terhalang nak pasang buaian utk boboi dlm pejabat PM.

      Delete
  2. Najib manusia paling zalim,tunggulah balasan dari ALLAH,hanya itu yang dapat aku kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM NAJIBlah pemimpin Islam yang baik hati sanggup beri Brim...sanggup buat perumahan untuk orang kebanyakan..tahu kesusahan rakyat... Dan semoga Allah lindungi PM Najib...dan rakyat Malaysia Ameen

      Delete
  3. Najib manusia paling zalim abad ini,tunggulah balasan dari ALLAH sedikit masa saja lagi InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Dah 91...kubur kata mari..umah dah dok halau pergi pergi...muhasabah diri lagi afdal...ikut lah cara pak Lah..

    ReplyDelete
  5. tun mayb masih merasa zaman org takut dan tunduk kpd kehendak beliau masih berlaku.. sebagai org yg lahir dizaman tun husin onn sehingga 4 PM .. zaman tun adalah zaman gelap bg rakyat.. kekeyaan negara adalah utk 2-3 ekor keparat shj.. ini anwar yg kata..rakyat diipaksa bekerja sehingga 6 hr seminggu dgn gaji yg sgt kecik nak beli moto pun tak mampu semata2 utk 2-3 ekor keparat ini..diwaktu itu siapa yg pakai proton adalah org yg berada.. rakyat hanya blh menerima maklumat dr sumber yg dibenarkan beliau shj.. harakah tak sebebas kini. madey masih lg hidup dan akan mati terhina spt kata2 ulamak yg pernah ditindas beliau..janggut nabi menjadi bahan senda beliau.. melayu tak lupa mayb mamak yg lupa asal usul keturunannya.. siapa yg menyangka madeylah yg memajukan msia adalah silap.. madey lah punca segala kebobrokan dlm negara ini dr dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah swt menganugerahkan kepada Najib kerahmatan dan kesejahteraan. Berserahlah pada Allah swt. satu persatu telah Allah swt pertunjukan kepada kita.

    Bertapa porak perandanya mereka hari demi hari, kata orang merekalah yang lebih.

    Allah bersama mu Najib.

    ReplyDelete
  7. Malaysia maju sepanjang 70an dan 80an kerana asas yang kukuh telah terbina sepanjang 60an. Kalau orang lain yang jadi PM semasa 80an pun pembangunan tetap Ada bahkan mungkin lebih baik. 90an merupakan era tepu pembangunan ekonomi dan minda kerana rasuah dan perkauman yang ketara dan berlaku secara terbuka. Najib hanya meneruskan apa yang telah diasaskan oleh Mahathir. Bukan salah dia sepenuhnya. Perlembagaan perlu dikembalikan 100% kepada yang asal. Tapi Mahathir tak berani sentuh soal itu. Jadi jangan harap golongan Istana dan kehakiman akan sokong apa yang dia buat sekarang. Dua pihak ini yang paling terkesan dengan polisi mahathir dan paling berpengaruh kepada rakyat. Selagi mereka tak sokong Mahathir secara terbuka Umno akan tetap win.

    ReplyDelete
  8. Selamat sejahtera utk DSN utk terus berjuang demi kesejahteraan rakyat, negara dan agama.

    ReplyDelete

Labels