Followers

Tuesday 8 November 2011

Tiada Hudud Di Pulau Pinang-DAP


Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyatakan undang-undang kontroversi HUDUD tidak akan dilaksanakan di negeri Pulau Pinang.Beliau berkata " Tidak akan ada hudud.Jadi persoalan itu tidak timbul" merujuk kepada laporan media memetik Dr Chua Soi Lek menyerang Pakatan Rakyat berhubung soal pelaksanaan undang-undang hudud baru-baru ini.

Jadi jelas Pulau Pinang dibawah kerajaan negeri yang dipimpin oleh LGE yang juga merupakan rakan dalam Pakatan Rakyat tidak akan sesekali bercakap atau melaksanakan undang-undang hudud yang dicanangkan oleh puak-puak PAS.Sebab itulah PAS hanya mahu melaksanakan undang-undang hudud ini di Kelantan setelah mengetahui dan sedar bahawa rakan dalam Pakatan Rakyat terutama DAP tidak akan sesekali menerima cadangan PAS ini.
MMI kesian dengan PAS ni terlolong sana terlolong sini melalak kononya merekalah hebat dalam soal pelaksanaan tertentu contohnya hudud yang akhirnya memakan diri sendiri.MMI juga sebenarnya dah tahu PAS tidak akan sesekali mampu untuk menundukkan DAP kerana PAS merupakan balaci kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga dilihat gagal dalam soal memberikan pemahaman Islam kepada puak-puak DAP.Dulunya bukan main hebat lagi bercakap soal syiar Islam dan akan memastikan sahabat DAP mereka akan memahami Islam dan seterusnya memudahkan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Apakah PAS mampu ? Atau selama ini PAS hanya bercakap sahaja dari segi pelaksanaan untuk memberikan pemahaman kepada puak-puak DAP langsung tidak dilakukan.PAS terlupa bahawa puak-puak DAP mempergunakan ayat-ayat Al-Quran,masuk ke mimbar-mimbar masjid dan surau atau menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik DAP bagi meraih sokongan orang-orang melayu.
PAS bukan main seronok sehinggakan buta mata dengan mengangkat LGE sebagai khalifah mereka.UMNO di hentam bertubi-tubi.Tetapi seperti pesanan orang tua-tua " Jangan kita lakukan sesuatu yang tidak baik pada orang lain kerana orang lain juga boleh lakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita "  Akhirnya PAS menerima padahnya.

Bagi MMI sebenarnya semua yang berlaku ini menunjukkan bahawa DAP hanya menjadikan PAS sebagai balaci untuk mendapatkan sokongan.Pas pula yang tidak konsisten dengan matlamat dan perjuangan mereka sendirilah yang menjadi penyebab mereka sentiasa dianggap sebagai budak suruhan.Buktinya PAS sentiasa terpaksa akur dengan keputusan daripada rakan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.PAS pernah mengeluarkan kenyataan pelaksanaan hudud bukan keutamaan parti dan kerana tidak konsisten dengan dasar inilah DAP sentiasa membuli PAS dalam setiap cadangan dan pandangan PAS.
Buktinya ;

Terbaru DAP tetap akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya dan menang dalam PRU13 nanti.Anwar Ibrahim pula dilihat yakin dapat memenangi Putrajaya berdasarkan sokongan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu.

Terpulanglah kepada mereka untuk melantik siapa pun tapi fikirlah mahukah kita seorang pemimpin yang hanya boleh memimpin apabila mendapat persetujuan orang-orang dibelakangnya atau lebih senang di sebut sebagai pemimpin boneka.Mahukah kita seorang pemimpin boneka ini kerana MMI yakin dan percaya bahawa Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sebenarnya adalah balaci atau manusia yang hanya akan menurut dan tunduk kepada parti DAP Laknatullah ini.


MMI bimbang juga takut-takut nanti bila mereka berkuasa DAP arahkan PAS untuk tukar masjid jadi tokong.Rasanya boleh jadi tak?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels