Followers

Monday 26 December 2011

PAS Kedah Nafikan Suara Rakyat - Azizan Gagal


Rakyat semakin muak dengan perjuangan Pas hari ini.Pelbagai isu mula timbul semenjak mereka berjaya memiliki kuasa dan memerintah negeri.Kedah di bawah Pas sepatutnya menjadi sebuah negeri yang terbaik dalam semua negeri yang ada di Malaysia ini kerana ianya telah dipimpin oleh seorang pemimpin dari sebuah parti yang memperjuangkan Islam.Apatah lagi mereka begitu mendabik dada dengan menyatakan bahawa Kedah di bawah teraju Azizan Razak sebagai Menteri Besar pastinya akan membawa negeri tersebut menjadi lebih hebat daripada sewaktu pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Namun perlu diingat Pas hari ini telah lari daripada perjuangan asal mereka yang dilihat lebih mementingkan kuasa dan politik daripada perjuangan Islam yang mereka war-warkan.Roh keinginan untuk menguasai Putrajaya yang diserapkan oleh Anwar Ibrahim ternyata telah memakan diri mereka sendiri hatta tidak sesekali berasa malu atau segan apabila dengan jelas mereka sanggup menggadaikan prinsip dan maruah dengan menjadi kuda tunggangan kepada DAP.

Jelas dan terang DAP hanya menggunakan juak-juak Pas untuk meramaikan program serta majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Haprak.Apatah lagi dengan tindakan mereka yang menggelarkan diri sebagai Unit Amal yang dilihat beramal untuk menjadi balaci pengawal kepada pemimpin DAP. 


Terbaru kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.



Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.


Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Jelas sekali jika dilihat daripada kenyataan di atas Azizan Razak selaku pemimpin Pas dan Menteri Besar yang membawa Islam sebagai perjuangannya sanggup mengatakan bahawa isu berkaitan madrasah ini hanyalah perkara kecil dan seterusnya menafikan suara rakyat Kedah yang mahukan madrasah berusia 100 tahun ini terus dipelihara.

Azizan Razak juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang cukup angkuh apabila mengulas cadangan oleh Mukhriz Ahli Parlimen Jerlun untuk kerajaan negeri menggunakan kuasanya berbincang dengan pihak pemaju bagi memulihara tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar sebagai satu bentuk kekacauan terhadap pentadbirannya.

Apakah Azizan Razak sudah lupa bahawa Mukhriz membawa suara rakyat Kedah yang mahukan madrasah tersebut dikekalkan?Azizan Razak dilihat semakin lemah pentadbirannya dan dilihat seperti kebudak-budakkan apabila turut meminta Mukhriz tunggu sehingga menjadi Menteri Besar dan ini jelas menunjukkan Azizan Razak sudah semakin biadap dan angkuh.

Apa pun kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh Pas telah menunjukkan sikap mereka yang sebenar apabila menafikan suara rakyat yang mahukan madrasah tersebut terus dipelihara.


Psssstt Azizan Razak perlu tunduk kepada DAP sebab itulah beliau bersungguh-sungguh untuk melenyapkan madrasah tersebut kerana perlu akur kepada pimpinan DAP di Pulau Pinang.Bagaimana kaitannya ? Tahukah anda syarikat pemaju tersebut merupakan syarikat yang datangnya daripada Pulau Pinang?

Hebatkan Pas Kedah ? Selebihnya seperti kata Nabil lah " Lu Fikir La Sendiri ".

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels