Hari Natal atau Krismas di sambut meriah seluruh dunia,tidak ketinggalan masyarakat Kristian Malaysia turut menyambutnya hari ini.Semuanya dalam keadaan yang cukup harmoni kerana masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan berbilang kaum dan budaya.Itulah rahsia Malaysia terus cemerlang kerana masyarakatnya sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
Namun krismas 2011 ini sedikit tercemar apabila ada suara-suara yang begitu lantang mula mempertikaikan perkara-perkara yang tidak pernah dipertikaikan sebelum ini.Paling membimbangkan adalah tindakan biadap ini dilakukan oleh pemimpin gereja sendiri.
Semuanya bermula di Petaling Jaya apabila Dr Eu dilaporkan sebagai berkata, Artikel 153 perlembagaan persekutuan seperti membuli jika hanya melindungi hak satu kaum sahaja.
Perkasa antara NGO yang mengecam pemimpin tinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev Dr Eu Hong Eng kerana mempersoalkan perlembagaan persekutuan.
Perkasa berpendapat paderi tersebut tidak faham apa Artikel 153 perlembagaan negara atau sengaja mahu menimbulkan ketegangan.
Setiausaha Agung, Syed Hasan Syed Ali berkata, imam Islam tidak pernah mengusik perlembagaan negara.
“Nampaknya serangan terhadap Artikel 153 sudah di tahap kemuncak apabila ketua agama lain juga mempersoalkannya.
“Lebih sedih ianya dipersoalkan dalam gereja oleh paderi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fasa 153
Syed Hasan berkata, perkara begini tidak pernah berlaku dalam ucapan atau khutbah solat Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Katanya, paderi sepatutnya menyampaikan ucapan yang sihat sesuai pada hari perayaan penganut Kristian dengan mengajak semua ke arah keharmonian bukan menegangkan suasana.
Beliau berkata, paderi itu perlu ingat mereka peganut Kristian boleh mengamalkan agama mereka tanpa ada rasa bimbang dalam negara ini kerana adanya Artikel 153.
“Negara ini aman kerana adanya Artikel 153 yang menjamin kepentingan kaum Bumiputera penduduk majoriti.
“Jika tiada Artikel 153 pastinya akan ada ketegangan. Peristiwa 13 Mei 1969 juga adalah berpunca dari Artikel 153 tidak dipratik dengan baik dan tegas,” tambahnya.
Rakyat Malaysia mungkin terlupa bahawa kenikmatan dan keamanan yang kita perolehi hari ini adalah kerana kesepakatan semua kaum dan agama sebelum ini yang sentiasa berpegang teguh kepada kontrak sosial tanpa menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak.
MMI sebagai rakyat Malaysia mengharapkan kepada mereka-mereka di luar sana hentikanlah sebarang usaha yang mampu memecah-belahkan masyarakat Malaysia kerana kesannya pasti memudaratkan kita semua.Mahukah kita melihat Malaysia menjadi seperti Somalia.Fikirlah.
MMI.
No comments:
Post a Comment