Followers

Monday, 26 December 2011

Ingin Sertai Keadilan ? - Pakatan Makin Karam


Puak-puak Pakatan Haprak dilihat semakin meroyan sesama sendiri.Jika diamati ketiga-tiga parti yang kononnya berpakat untuk berada dalam satu pakatan ini mengalami masalah dalaman tersendiri.Mereka dilihat bergelut untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku hinggakan nasib para ahli-ahli yang lain dibiarkan terumbang-ambing seolah-olah keringat mereka hanya akan dipergunakan apabila tiba masa PRU.

DAP sekarang ini bergelut dengan percakaran diantara Karpal Singh dan Ramasamy hinggakan Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang di minta untuk meletakkan jawatan.

PAS pula sedang terkial-kial untuk menempis kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali berkenaan apa yang berlaku dalam parti Pas sendiri.Sehinggakan mengheret Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung parti untuk sama-sama menyerang Hasan Ali semuanya atas nama Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Keadilan pula lebih teruk apabila Anwar Ibrahim yang bakal dijatuhkan hukuman pada 9 Januari 2012 telah melakukan tindakan yang paling bodoh dalam sejarah politiknya apabila turut mengheret mahasiswa untuk turun ke jalanan dan semua pengikut-pengikutnya untuk menghuru-harakan negara hanya untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak dipenjarakan.

Pakatan Haprak melalui Keadilan dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam setiap kempen di saat-saat akhir ini dengan melakukan tuduhan demi tuduhan terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dengan pelbagai perkara dengan harapan untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memuaskan nafsu dan cita-cita mereka.Yang lebih mengjengkelkan usaha mereka ini didokong oleh anjing-anjing DAP dan pencacai-pencacai Pas.

Terbaru terdapat banner dan poster yang telah dinaikkan disekitar Parlimen Tasek Gelugor oleh parti Keadilan yang mengajak rakyat untuk menyertai parti tersebut.Dengan tulisan bertulis "DEMI RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA" kempen ini dilihat sebagai satu kempen terdesak yang dilakukan oleh parti Keadilan bilamana dalam jangka waktu terdekat ini terdapat ramai dikalangan ahli Keadilan mahupun Pas yang telah mengistiharkan keluar parti dan memilih UMNO kerana kecewa dengan cara dan tindakan parti mereka sendiri.Mungkin mereka-mereka yang telah tersedar ini dan kembali kepada UMNO adalah kerana mereka tahu bahawa perjuangan Keadilan terutamanya hanyalah "DEMI ANWAR SELAMATKANNYA DARI PENJARA" serta Pas yang tidak konsisten dalam perjuangannya.


MMI bukannya bercakap kosong apabila seramai 130 ahli PKR Tanah Liat Permatang Pauh sendiri telah pun mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.Semuanya atas dasar kecewa dengan rentak dan pejuangan parti mereka yang dilihat hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sedangkan rakyat dipergunakan untuk kempen dan gerakan-gerakan jalanan bagi menyelamatkan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.


Ini buktinya , 130 orang ahli PKR dikawasan Tanah Liat Permatang Pauh bertindak beramai-ramai keluar parti sebab bosan dengan janji hancing Anwar Ibrahim.Haji Wahab bekas Ketua Cabang PKR Tanah Liat bersama 55 orang ahli PKR menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman disaksikan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid .


Saudara Nasir bekas AMK Bukit Berangan turut menyerahkan borang bersama 75 lagi rakan-rakannya untuk menyertai UMNO.

MMI turut mendengar suara-suara sumbang daripada puak-puak Pakatan Haprak yang pastinya akan memberi respon yang cukup cepat sekali dengan berkata semuanya satu penipuan dan helah jahat yang dimainkan oleh UMNO apabila terdapatnya berita menyatakan ahli-ahli mereka keluar parti dan menyertai UMNO.Apa pun cakapnya bagi MMI tindakan ini sebenarnya dilakukan oleh mereka yang semakin tersepit dan terdesak apabila melihat parti mereka bukan lagi pilihan rakyat.

Begitu juga yang berlaku di Kepala Batas apabila ahli-ahli Pas yang kecewa dengan perjuangan parti mereka yang dilihat hanya menjadi kuda tunggangan kepada DAP di Pulau Pinang turut mengistiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.



KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.
Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.

Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.

Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.

"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.

"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.

Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.Sumber Utusan Malaysia.

Begitulah senarionya sekarang,kebanjiran ahli-ahli Pas dan Keadilan yang mula memilih UMNO sebagai wadah perjuangan dilihat sebagai pemangkin kepada kekuatan dan pengukuhan UMNO dan Barisan Nasional dalam perjuangan untuk membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.Kita jangan lupa bahawa parti keramat inilah yang telah membawa seluruh rakyat Malaysia ketahap hari ini.

MMI sebenarnya cukup tertarik dengan tindakan-tindakan pihak Pakatan Haprak ini terutamanya Keadilan yang dilihat seolah-olah begitu terdesak dengan kempen sebegitu rupa.Khabarnya kempen menyertai Keadilan dibuat bagi memenuhkan semula ruang ahli dalam cawangan masing-masing yang telah ditinggalkan oleh ahli-ahli yang telah menyertai UMNO.Soalnya sejauh mana penerimaan rakyat Malaysia  khususnya di Tasek Gelugor dan Pulau Pinang untuk menyertai Keadilan?


MMI tinggalkan persoalan itu untuk dijawab oleh rakyat Pulau Pinang dan masyarakat di Tasek Gelugor sendiri.Yang pastinya dalam PRU Ke-13 segala persoalan ini pastinya terjawab.Sama-sama kita nantikan tarikh dan hari keramat tersebut.

Sebelum artikel ini dinoktahkan,MMI nak mengajak semua untuk kita buat sedikit review kejadian-kejadian ahli Pakatan Haprak keluar parti dan menyertai UMNO yang sentiasa ditohmahkan oleh juak-juak Pakatan Haprak sebagai satu penipuan dan pelbagai tuduhan lain.

Jom kita layan...

TANAH MERAH 25 Dis. - Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.

Katanya, sebahagian besar daripada 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai Pas sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.

''Langkah itu diambil kerana mereka berasa dianiaya pemimpin Pas yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini, semalam.

Menurutnya, dulu dia pernah menjadi ahli UMNO tetapi berjaya dipengaruhi parti pembangkang itu yang memberi pelbagai janji manis.

Namun, katanya, selepas tiga penggal dan melihat sendiri kegagalan Pas, dia dan ahli lain hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti tersebut.

''Keputusan saya keluar Pas kerana yakin UMNO berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia dan ahli Pas lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.


Sinar Harian turut pernah melaporkan 20 ahli Pas Kuala Kedah menyertai UMNO.Semuanya kerana kegagalan Pas sebagai parti pemerintah di Kedah melaksanakan tanggunjawab mereka terhadap rakyat dan hanya menjadi anjing dan budak suruhan kepada Rejim DAP yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Turut jangan dilupakan..



TANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.

"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.

"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.

Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.

"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.

"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.

Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.

Huh hebat bukan..Tu baru sikit.Tapi semua ini disangkal oleh juak-juak Pas dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap UMNO kononnya semua ini hanyalah lakonan.Biasalah bro orang tersepit macam tu lah..

Apa pun yang berlaku Pakatan Haprak semakin tenggelam dengan ideologinya , dek kerana perjuangan untuk mendapatkan kuasa semata-mata hari ini mereka sengsara kerana perjuangan dan prinsip tidak sama dan sekata.

Terbaru 500 ahli AMK Hulu Kelang sertai UMNO Klik Sini

Kepada Lim Guan Eng,Tunggulah masa untuk balik Melaka.

Kepada Nik Aziz dah sampai masa untuk bersara.

Kepada Anwar Ibrahim Selamat Ke Penjara..Hehehehe

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels