Followers

Friday 9 March 2012

Majlis Perbandaran Kulim Tidak Profesional Rakyat Merungut


Majlis Perbandaran Kulim tidak profesional itulah kata-kata yang diungkapkan kepada MMI oleh seorang penduduk Taman Legenda Padang Serai.Daripada maklumat yang disampaikan kepada MMI penduduk tersebut telah menyatakan kekecewaannya kerana tindakan yang dilakukan oleh MPKK amat tidak profesional sekali bilamana notis cukai tafsiran yang sepatutnya sampai kepada penduduk tidak sampai seperti mana yang sepatutnya.

Semuanya bermula apabila Amir (bukan nama sebenar) baru-baru ini telah pergi sendiri ke MPKK untuk bertanya perihal notis cukai tafsiran yang tidak sampai-sampai ke rumah beliau.Daripada makluman daripada pihak MPKK notis cukai tafsiran ini telah pun dihantar ke setiap rumah melalui penghantaran secara terus oleh kakitangan MPKK dan bukannya melalui pos pada bulan Januari yang lalu.

Dan lebih malang lagi sewaktu Amir (bukan nama sebenar) menerima notis dari pihak MPKK,beliau bukan saja terpaksa membayar denda kerana lewat malah tarikh yang tertera jelas menunjukkan BAYAR PADA 04/03/2012 SEBELUM 29/02/2012 dan BAYARAN PELARASAN TERAKHIR 27/02/2011.




Lagi menarik adalah Amir (bukan nama sebenar) hanya menerima notis ini pada 04/03/2012 setelah beliau merujuk sendiri dengan pihak MPKK di Taman Kenari.Ini bermaksud beliau harus membayar denda sebanyak RM2.00 sedangkan bayaran tersebut untuk denda lewat bayar.Apakah beliau yang melewatkan pembayaran dalam hal ini ?

Mengikut Amir (bukan nama sebenar) dikhabarkan hampir seluruh penduduk Taman Legenda dan Taman Mahsuri tidak menerima apa-apa notis daripada pihak MPKK sehingga sekarang. 

Inilah yang dikesalkan oleh penduduk kerana tindakan daripada pihak MPKK jelas tidak efisien dan profesional dengan menjadikan kakitangan MPKK sendiri untuk melakukan proses penghantaran notis-notis tersebut.Sekiranya dilihat kepada permasalahan Amir (bukan nama sebenar) jelas ianya mungkin melibatkan kakitangan MPKK sendiri yang tidak ikhlas dalam melakukan proses penghantaran notis-notis tersebut atau berlaku ketidakjujuran kakitangan mahupun pihak MPKK sendiri.

Bagi MMI pihak MPKK perlu menyiasat perkara ini agar rakyat tidak menjadi mangsa kepada kegagalan urus tadbir mahupun keberkesanan tindakan kakitangan MPKK itu sendiri.

Bukannya nilai RM2.00 denda yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tetapi cara dan tindakan yang dilihat hanya melepas batuk ditangga itu yang dikesalkan kerana akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa.

Notis-Pengadu tidak mahu nama beliau didedahkan cuma mahukan keadilan daripada pihak MPKK dan kerajaan Pas Kedah terhadap rakyat Taman Legenda dan Taman Mahsuri dalam menangani masalah ini supaya ianya tidak berulang.

Pssst Kalau setakat Padang Serai Kulim pun tak boleh nak adjust macam mana nak ke Putrajaya...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels