Followers

Saturday 17 March 2012

New Talented Artist In The Making - Lets Roll !!


Tasha Manshahar seorang lagi penyanyi yang sama bagusnya dengan para artis yang lahir dari YouTube seperti mana Yuna,Najwa Latif dan banyak lagi.Yang menarik tentang Tasha Manshahar ini beliau mempunyai kekuatan vokal yang cukup unik dan mampu menyampaikan lagu dengan cukup baik melalui lantunan suara yang mampu menarik perhatian sesiapa saja yang mendengar.

MMI merasakan beliau mampu pergi jauh sekiranya diberikan peluang seperti mana yang lain.Imej dan perwatakan bertudung memperkuatkan lagi kekuatan beliau sebagai seorang penyanyi yang mempunyai peminat tersendiri.MMI bawakan beberapa lagu yang disampaikan oleh Tasha Manshahar untuk kita sama-sama nilai bakat yang ada pada beliau.

 


Tasha Manshahar juga mampu membawakan lagu dengan baik walaupun ianya dibuat secara bersahaja.Ikuti klip dibawah.

 

MMI cukup meminati bakat-bakat seperti ini dan bagi Tasha Manshahar beliau telah membuktikan bahawa Tasha Manshahar merupakan seorang penyanyi yang baik dan mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang lain.

Kepada anda yang mahu mengikuti perkembangan Tasha Manshahar bolehlah mengikuti perkembangan beliau melalui laman FaceBook Tasha Manshahar (Clora Studio) .

Kepada semua berilah sokongan kepada Tasha Manshahar kerana beliau merupakan anak muda berbakat diatara jutaan yang memilih jalan terbaik dalam hidup dan tidak terlibat dalam gejala-gejala tidak sihat.

Semoga Tasha Manshahar terus sukses.

Pssst  Tengah congak-congak nak bawa Tasha Manshahar ke Tasek Gelugor Pulau Pinang hehe

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels