Followers

Saturday 17 March 2012

Jom Bicara Soal Media Sosial - Peranan & Tanggungjawab



Baru-baru ini telah berlangsungnya satu forum berbicara soal Media Sosial - Peranan & Tanggungjawab di RTM1 di rancangan Bicara Rakyat yang menampilkan barisan panel terdiri daripada Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah,Prof Madya Dr. Ismail Sualman dan Tun Faisal Ismail Pengerusi Unit Media Baru PPUM diantarakan oleh Sayed Munawar SM Mustar.

Perbincangan yag memberikan penumpuan kepada jaringan media sosial ini dirasakan perlu diikuti oleh semua penggemar laman media sosial kerana ianya memberikan kita maklumat terbaik yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakkan daripada kita.

Harap maaf mutu visual dan bunyi kurang memuaskan.

                    

Satu perbincangan yang cukup menarik dan penuh dengan input-input yang berguna .MMI rumuskan antara yang paling menarik adalah laman FaceBook sebagai contohnya merupakan satu laman media tersendiri oleh setiap individu dan dicorakkan oleh individu itu sendiri tanpa ada mana-mana paksaan daripada pihak lain malah ianya bebas untuk setiap individu memilih jaringan atau berita yang dimahukan.Bukti ketelusan media yang cukup luas cumanya memerlukan tanggungjawab setiap individu dari segi sumbernya.

Hebat sekali media sosial,Semuanya hanya dengan satu klik..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels