Followers

Thursday 12 April 2012

Eksklusif Gempa & Tsunami Di Pulau Pinang !


Seluruh negara bahkan dunia kelmarin gempar dengan berita berlakunya gempa bumi berukuran 8.5 skala richter di Utara Lautan Hindi yang menyebabkan kesan gegaran boleh dirasai sehingga ke Malaysia.Rata-rata orang ramai yang di temui turut berkata merasai kesan goyangan dan menimbulkan panik di sesetengah kawasan.

Di Pulau Pinang amaran Tsunami telah dikeluarkan seawal jam 6.00 petang dan ini menyebabkan langkah-langkah keselamatan dapat digerakkan awal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Di Pantai Robina Teluk Air Tawar kelihatan skuad penyelamat BOMBA memberikan amaran dan arahan untuk mengosongkan kawasan pantai bagi mengelakkan orang ramai daripada terlibat dengan sebarang kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan mahupun meragut nyawa seperti mana yang pernah berlaku sewaktu kejadian Tsunami beberapa tahun lalu.

Diberitakan juga beberapa jalan juga ditutup kepada lalu lintas semalam melibatkan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan kawasan sepanjang pantai di Teluk Air Tawar kerana orang ramai yang tidak berada di kawasan pantai dikhabarkan berpusu-pusu untuk ke kawasan pantai bagi melihat sendiri kejadian Tsunami yang dimaklumkan akan melanda pantai Pulau Pinang pada jam 9.00 malam.

Namun tindakan pihak Polis berjaya menghalang orang ramai untuk memasuki kawasan-kawasan tersebut kerana perkara paling penting dalam suasana dan kejadian genmpa yang mampu menghasilkan Tsunami ini adalah mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kejadian gempa tersebut dilaporkan berlaku di Utara Lautan Hindi yang menyaksikan kesan gegaran berukuran 8.5 skala richter dan dikatakan yang tertinggi pernah dicatatkan.



Sebelum itu orang ramai yang berada di Sunway Carnivall Mall Seberang Jaya turut menceritakan detik-detik cemas yang berlaku sewaktu merasai gegaran tersebut kelmarin. “Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua pengunjung lari selamatkan diri,” kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia.


Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu.

“Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu.


Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan.

“Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.

Menurutnya, dia dan kawannya tanpa berlengah segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri, begitu juga pengunjung yang lain.


Apa pun sehingga ke tengah malam semalam kejadian Tsunami yang dilaporkan tidak berlaku dan ini melahirkan rasa lega kepada para penduduk yang mendiami di kawasan sekitar pantai.MMI bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kuasanya maka tidak berlaku sebarang kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan mahupun kematian seperti mana yang pernah berlaku satu ketika dulu.

Seorang peniaga di kawasan pantai Bagan Ajam yang hanya mahu dikenali sebagai Ron berkata beliau bersyukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,kemarin sewaktu menerima amaran Tsunami beliau telah menutup perniagaannya lebih awal daripada biasa kerana nyawa beliau,keluarga dan pelanggan lebih penting untuk diselamatkan.Beliau juga mengharapkan agar keadaan kembali pulih dan dapat meneruskan perniagaannya seperti biasa.

MMI memuji tindakan semua pihak kerana telah mengambil langkah yang terbaik menangani masalah ini khususnya kepada pihak berkuasa dan orang ramai di sekitar kawasan yang terlibat.Percayalah tindakan sebegini sebenarnya mampu mengelakkan sebarang kecelakaan.

Mengikut laporan hari ini berlaku satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di utara Lautan Hindi pada 6.52 pagi tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 675km ke barat daya Great Nicobar, India, dan 1,192 km ke barat daya Kampar, Perak.      

Walaubagaimanapun kejadian itu tidak mengkibatkan ancaman tsunami.

Kepada semua buat masa ini elakkanlah daripada menghampiri kawasan-kawasan yang boleh mendekatkan diri anda dengan kejadian Tsunami dan sama-samalah kita berdoa supaya tidak berlaku lagi perkara yang kita semua tidak mahu berulang.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels