Followers

Thursday, 12 April 2012

PTPTN - Pemuda UMNO Tampilkan 11 Resolusi Hasil Dari Rundingan Meja Bulat


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaludin melalui Biro IPT Pemuda UMNO Malaysia hari ini dilihat begitu efisien dalam melaksanakan program yang dilihat cukup tepat dan kena dengan masanya apabila tampil dengan 11 resolusi berkaitan PTPTN.

Dalam suasana politik Pakatan Haprak yang cuba memainkan isu ini dengan harapan mendapatkan sokongan para pelajar IPT untuk terus menyokong mereka dalam PRU Ke13 nanti pelbagai perkara dibangkitkan dengan supaya kerajaan dilihat lemah dan seterusnya mengiakan apa yang di canangkan kepada rakyat kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan zalim.

Walaupun terdapat pihak tertentu khususnya kumpulan pro Pakatan Haprak yang mendabik dada kononnya resolusi ini lahir dari tindakan awalan mereka namun itu hanyalah kata-kata mereka yang sebenarnya lebih lemah dalam soal mencari kebaikan untuk rakyat.

Pujian harus diberikan kepada Pemuda UMNO Malaysia kerana cepat bertindak untuk mengkaji dan melihat apakah yang berlaku seterusnya mendengar dan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berada dalam kumpulan pelajar IPT ini untuk mencari mekanisma terbaik sebagai jalan penyelesaian supaya semua pihak dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat.

MMI yakin bahawa sekiranya pelajar-pelajar IPT ini di berikan yang terbaik oleh kerajaan maka pastinya mereka juga akan memberikan yang terbaik kepada kerajaan.Bertitik tolak dari sinilah maka satu Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 telah diadakan.

Berikut adalah 11 resolusi yang dicapai pada Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 anjuran Pemuda Umno.

Dari aspek pinjaman:

1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.

2. Bagi menampung keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam Negara  

3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.

4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.

5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun.

Dari aspek pembayaran:

6. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.

b) kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment sedia ada.

c) Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran PTPTN pekerja mereka.

d) kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.

Dari segi tabungan SSPN:

7. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akuan SSPN.

Dari aspek komunikasi:

8. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan ucapan akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula.

9. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebar luas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN dapat difahami.

10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebar luas maklumat akan lebih berkesan.

11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi.


Resolusi telah pun dibuat dan MMI yakin inilah sebenarnya tindakan paling komprehensif yang sebetulnya diadakan supaya sesuatu dapat diperbincangkan diperingkat tertinggi kerajaan yang akhirnya pasti akan menggembirakan seluruh pelajar dan mereka-mereka yang terlibat dengan PTPTN.

MMI juga nak pesan kepada mereka-mereka diluar sana supaya sentiasa ingat bahawa PTPTN bukannya satu bentuk pinjaman paksaan oleh itu ianya terletak kepada diri setiap dari kita.sebagai seorang manusia normal sebenarnya kita mempunyai akal dan fikiran gunakanlah anugerah itu sebaiknya.

Kepada Pemuda UMNO Malaysia teruskan usaha dan langkah sebegini kerana kita merupakan jentera paling utama dalam mengenal pasti seterusnya membantu menyelesaikan permasalahan khususnya melibatkan kumpulan atau golongan anak muda hari ini.

Hidup KJ ! Hidup Pemuda !

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels