Persoalan mengenai siapa bakal dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilihat sudah memasuki satu fasa di mana Pas sebenarnya sudah hilang maruahnya.Merujuk kepada kenyataan Malik Kasim di Buletin Utama jelas memperlihatkan bahawa Pas sebenarnya hanya dianggap sebagai pengacau pentadbiran rejim DAP dan selayaknya hanya diberikan ruang untuk mengisi atau bertindak sebagai jentera di peringkat bawah sahaja.
Ianya diperakui sendiri melalui kenyataan daripada Malik Kasim bahawa beberapa nama telah disenaraikan membawa maksud bukan hanya nama Salleh Man satu-satunya wakil Pas dalam kerajaan negeri tetapi hampir pasti nama-nama daripada PKR turut disenaraikan.Jangkaan MMI pastinya nama Malik Itik turut tersenarai.
Sebagai seorang calon yang pernah diumumkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pasir untuk diangkat sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sekiranya penduduk Permatang Pasir memenangkan Salleh Man di Permatang Pasir seharusnya hanya nama Salleh Man sahaja yang dikemukakan sekarang.
Tetapi sehingga kini lihat saja bagaimana kerajaan negeri di bawah rejim DAP masih berdolak-dalih berkenaan perlantikan ini.Amat jelas apabila Malik Kasim menyatakan kepada wartawan bahawa keputusan akan diumumkan apabila tiba masanya membawa maksud mereka perlu mendapatkan bukan saja perkenan Yang Di Pertuan Agong malah Khalifah Guan Eng sebagai ketua rejim di Pulau Pinang.
Persoalan seterusnya apakah yang dilakukan oleh parti Pas di Pulau Pinang terhadap isu perlantikan ini ? Sebagai sebuah parti yang berada dalam satu Pakatan maka Pas merupakan satu-satunya parti yang mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam seharusnya mereka perlu dilihat kedepan dalam soal ini dan menuntut supaya kekosongan itu diberikan kepada satu-satunya calon mereka sejajar dengan perjuangan yang dilaung-laungkan.
Paling menyedihkan adalah barisan pemuda Pas yang dilihat lesu kerana tidak ada satu pun desakan terhadap kerajaan negeri untuk memperjuangkan satu-satunya calon Pas supaya dilantik menjadi YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Jika dilihat secara umumnya Pas Pulau Pinang dan seluruh sayapnya dilihat gagal dalam perjuangan mereka.Paling menyedihkan Pemuda Pas hanya dijadikan sebagai orang suruhan dalam setiap siri ceramah mahupun program-program yang dijalankan oleh Pakatan Haprak kerana suara mereka tiada tempat dan ruang dalam diari rejim DAP.
Yang perlu diingat oleh seluruh juak-juak Pas Pulau Pinang adalah mereka telah pun ditipu oleh Anwar Ibrahim yang kononnya mempunyai kuasa untuk menentukan Salleh Man menjadi YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kerana yang lebih berkuasa di Pulau Pinang adalah Guan Eng dan Rejim DAP.Antara Anwar dan Guan Eng sebenarnya Guan Eng lebih berkuasa.
Tak percaya ? Lihat video di bawah..
Lihat juga apa yang Anwar Ibrahim menipu rakyat Pulau Pinang dalam isu kampung Buah Pala..
MMI bawakan lagi video bukti penipuan dan pembohongan pemimpin Pakatan Haprak dalam isu Kampung Buah Pala ini dalam versi lain pula..
Amacam sekarang ? Masih yakin dengan Pakatan Haprak ? Kepada seluruh rakyat Pulau Pinang sedarlah bahawa Pakatan Haprak hanya tinggal nama di Pulau Pinang yang kekal dan bermaharajalela adalah Guan Eng dan Rejim DAPigsnya..Kepada juak-juak Pas hentikan sokongan membabi-buta terhadap perjuangan yang memudaratkan rakyat ini.Fikirlah hari ini perjuangan kamu juga diketepikan dan pasti kamu hanya di gula-gulakan oleh Rejim DAPigs untuk terus kekal berkuasa.
Pas sudah hilang maruah di Pulau Pinang..
MMI.
No comments:
Post a Comment