Followers

Sunday 24 June 2012

Akibat Terdesak-PAS Mula Memperalat Masjid !


Selangor makin bergoncang bukan saja kerana kemelut yang melibatkan kerajaan negeri sehinggakan salah seorang anak ikan Anwar Ibrahim meletakkan jawatan malah sudah mula berlarutan melibatkan usaha-usaha terdesak parti Pas dalam meneruskan perjuangan songsang mereka.

Pas dikatakan sedang merangka strategi bagi menguasai lebih 2,500 masjid dan surau di seluruh Selangor untuk dijadikan 'tapak ceramah' sepanjang Ramadan akan datang bagi menyemai kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Difahamkan, arahan tidak rasmi itu dikatakan sudah dikeluarkan agar masjid dan surau mengadakan tazkirah Ramadan tetapi ia mesti disampaikan pemimpin Pas dan bukan pegawai agama bertauliah yang dilantik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bagi memastikan segala usaha licik itu berjalan lancar, Pas dikatakan bertindak campur tangan secara langsung dalam sesi pemilihan ahli jawatankuasa masjid dan surau terutama melibatkan jawatan nazir dan imam I serta II, sekali gus menolak pilihan ahli kariah.

Malah, difahamkan kekecohan dan beberapa siri demonstrasi oleh kariah masjid di Selangor seperti di Masjid al-Husna, Bandar Sunway dan Masjid al-Muttaqin Taman Equine, Seri Kembangan mempunyai kaitan langsung dengan tindakan campur tangan Pas.

Demonstrasi terbabit dibuat selepas ahli kariah tidak berpuas hati dengan pelantikan jawatankuasa baru masjid bagi sesi 2012-2015 kerana didakwa berbeza dengan senarai yang dipersetujui mereka selain sebahagian besar yang dilantik merupakan pemimpin Pas.

Semalam, kira-kira 50 ahli kariah Masjid al-Husna dan sekumpulan penduduk Taman Equine mengadakan demonstrasi selepas tidak berpuas hati dengan pemimpin Pas yang didakwa mempengaruhi pemilihan ahli jawatankuasa baru kedua-dua masjid tersebut-Berita Penuh.

Ada kawan yang kata tujuan mereka baik mahu mengimarahkan masjid namun kepada sesiapa yang pernah terlibat dan hadir di masjid-masjid yang dikuasai oleh juak-juak Pas pasti lebih tahu sejauh mana tazkirah dan ceramah-ceramah mereka.

Jangan panggil Pas kalau tidak diselitkan dengan makian dan cacian.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels