TAHNIAH diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sejak awal pagi tadi pelbagai pihak tampil mengangkat kedudukan Timbalan Presiden UMNO ini sebagai seorang pemimpin yang cukup berani kerana kelantangannya berbicara tentang isu-isu nasional yang kini menghantui kepimpinan negara , parti dan kerajaan.
Sebagai orang nombor dua sudah semestinyalah ungkapan dan ucapan beliau itu memberikan seribu satu pengertian lebih-lebih lagi dalam keterujaan rakyat di akar umbi untuk mengetahui perkembangan isu melibatkan 1MDB yang sehingga kini masih belum menemui nokhtahnya.
Mungkin sudah menjadi lumrah sebahagian daripada rakyat Malaysia agaknya , kita suka mencari jalan mudah waima untuk menyelesaikan apa yang kita sendiri gelarkan sebagai masalah.Jalan pintas sentiasa menjadi keutamaan kerana tidak ada yang lebih penting selain daripada sampai ke tempat yang mahu dituju dengan pantas.Tetapi kita kadang-kalanya terlupa bahawa jalan pintas itu selalunya punya pelbagai halangan yang memungkinkan kita perlu menanggung kos yang tinggi.
Dalam pada itu barangkali sudah menjadi budaya kita agaknya untuk lebih bercakap di luar sedang kita punya saluran yang sewajarnya menjadi medan untuk merungkai segala-galanya.Malahan kita yang selama ini mahu melihat amalan demokrasi itu menjadi pegangan boleh pula bertindak sebaliknya dengan menjadikan medan diluar sebagai platform untuk melepaskan segala yang terpendam.
Come on .. dalam setiap proses melibatkan demokrasi kita sudah semestinya tahu bahawa majoriti akan menjuarai apa jua keputusan dan minoriti perlu akur dengan keputusan.Namun hakikat itu nampaknya tidak lagi menjadi amalan bahkan ia mula menjadi tabiat hakiki.
Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengundang pelbagai tanggapan dari kalangan akar umbi sendiri.Di saat isu 1MDB sedang diselesaikan , Timbalan Presiden ini tampil dengan gaya tersendiri seolah-olah beliau bukan dari kalangan kepimpinan utama negara.
Adalah sesuatu yang aneh sekali apabila orang nombor dua dalam parti boleh mengaku bahawa beliau sendiri tidak memahami tentang isu melibatkan 1MDB sehingga terpaksa membaca dan mendapatkan maklumat daripada The Edge yang kini telah digantung penerbitannya oleh KDN.
Hairan ? Selama ini beliau hadir dan berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga Mesyuarat melibatkan Menteri-Menteri Kabinet untuk apa ? Bukankah disitulah tempat dimana perbincangan berlaku dan keputusan dibuat supaya laporan audit berkaitan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dengan keterlibatan PAC dan lain-lain ?
Adakah Tan Sri Muhyiddin tidak dapat menerima keputusan-keputusan bersama yang dibuat dalam semua mesyuarat tersebut ?
Realitinya pendirian Muhyiddin yang masih mempertahankan impiannya untuk melihat tindakan diambil keatas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat 1MDB seolah-olah mahu membawa UMNO dan kerajaan kembali ke zaman lampau.
Kenapa perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang masih belum terbukti sebagai bersalah ? Kenapa Muhyiddin tidak mahu menantikan keputusan siasatan terhadap 1MDB ?
Sebagai warga kepada sebuah negara bertamadun seperti Malaysia , wajarkah kita mengembalikan UNDANG-UNDANG RIMBA hanya untuk memuaskan hati mereka yang hari ini begitu lantang mendesak ?
Apakah kita sanggup melihat sebahagian daripada rakyat dan warga kita sendiri diadili oleh undang-undang rimba ini hanya kerana permainan dan tuduhan persepsi politik yang secara dasarnya tidak membuktikan apa-apa ?
Bayangkan jika kita menerima pakai seruan dan tindakan sebegini ? Apakah NILAI yang masih ada pada tiap diri kita ?
Bahkan jika semua mereka (Ahli Lembaga Pengarah 1MDB) di pecat sekalipun , adakah ianya akan membantu memulihkan sesuatu ?
Ada yang beranggapan sekurang-kurangnya keyakinan rakyat akan kembali kepada UMNO dan kerajaan ! Persoalannya apakah kita pasti ianya akan berlaku ?
JANGAN sesekali lupa bahawa ini adalah tuduhan dalam konteks persepsi politik yang kesannya akan menyebabkan pihak tertentu menjadi mangsa keadaan.MMI yakin jika saranan untuk memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB berlaku hari ini , maka kerajaan dan UMNO akan lebih teruk terkesan disebabkan kita terlau obses untuk mengambalikan kepercayaan rakyat sedangkan prinsipnya adalah UNDANG-UNDANG ! Seterusnya
MMI secara prinsipnya bersetuju dengan ulasan daripada Lokman Adam yang jelas melihat situasi yang berlaku ini sebagai sesuatu yang cukup menyedihkan.
Semenjak Anwar disumbatkan ke dalam penjara Disember lalu, Tun Mahathir mula melancarkan serangan ke atas Dato' Sri Najib secara besar-besaran.Sejak itulah tugas jentera BN dan kerajaan yang selama hari ini fokus pada usaha menjawab pembangkang, akhirnya lari fokus kepada menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang yang diulang oleh Tun Mahathir.
Jika sebelum ini ianya lebih mudah untuk mematikan hujah dan fitnah pihak lawan, namun apabila hujah dan fitnah itu diulang oleh bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun, sudah pastilah kerja menerang dan memberikan pencerahan kepada rakyat terhadap sesuatu isu menjadi lebih sukar, kecuali jika seseorang itu sudahpun mengenali perangai Tun Mahathir.
Sebagai seorang yang berhubung dengan jentera BN setiap hari, saya secara peribadi menerima banyak kerluhan akar umbi tentang betapa sukarnya mereka hendak mempertahankan kerajaan, terutamanya dalam isu-isu yang rumit untuk difahami seperti 1MDB.Namun,apa jua cabaran yang dihadapi oleh jentera-jentera parti ini,mereka tidak pernah berputus asa,walaupun tidak dapat dinafikan ramai dikalangan kami syahid terutamanya mereka yang takut kedudukannya tergugat sekiranya Dato' Sri Najib menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.
Berkat usaha berterusan jentera-jentera ini,kerumitan memperjelaskan isu 1MDB akhirnya dapat dipermudahkan dengan bantuan pemimpin, penulis, pereka grafik, blogger, facebookers, agensi kerajaan dan pelbagai pihak lain, termasuklah ahli biasa yang membantu menyebarkan apa yang kami sediakan.Alhamdulillah, perkembangan mutaakhir berhubung pendedahan Xavier Andre Justo dan Lester Melanyi telah menyingkap satu persatu komplot mengubahsuai dokumen yang dicuri dari Petro Saudi.Sedikit sebanyak,kebenaran yang semakin tersingkap ini memulihkan kembali semangat jentera parti apabila pendedahan demi pendedahan memihak kepada kita.
Apa yang menyedihkan saya malam ini, apabila saya membaca, mendengar dan meneliti ucapan Tan Sri Mahyuddin Yassin di Cheras. Berulang kali saya baca, saya bagaikan tidak percaya seorang Timbalan Presiden UMNO boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai.
"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .
"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul?" - MInsider
Sedarkah Tan Sri bahawa akhbar The Edge ini baru sahaja mula digantung oleh Kementerian Dalam Negeri mulai hari ini?Berita ini sememangnya sudah lama dinantikan oleh penyokong kerajaan yang dahagakan ketegasan kerajaan terhadap pemfitnah yang cuba sabotaj ekonomi negara.Pernah tidak Tan Sri terfikir kemana perginya maruah KDN apabila Timbalan Perdana Menteri sendiri mempertahankan akhbar yang baru digantung oleh mereka? Pernahkah Tan Sri terfikir betapa sukarnya jentera-jentera ini hendak memberikan justifikasi terhadap tindakan kerajaan ini? Macamana Tan Sri tergamak mewarwarkan seolah-olah ianya satu-satunya sumber berita yang boleh dipercayai? Apa sebenarnya yang Tan Sri fikirkan?
Sebagai seorang Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Srilah yang sepatutnya memimpin kami jentera Barisan Nasional dan kerajaan dalam medan perang. Malangnya, bukan sahaja Tan Sri tidak membantu kami dalam menerangkan isu ini, sebaliknya menambahkan beban kami pula untuk menjawab kepada rakyat apabila ayat-ayat Tan Sri digunakan oleh pihak pembangkang dan Pro Tun M untuk menyerang Kerajaan. Sedarkah Tan Sri betapa hancurnya hati kami jentera parti bila Tan Sri buat begini? Kalau Menteri-Menteri lain yang turut membaca bahan 1MDB yang diperolehi melalui Mesyuarat Kabinet boleh membantu untuk menjelaskan isu ini, kenapa tidak Tan Sri? Kalau jentera dan ahli parti yang tidak ada peluang dapat penjelasan melalui Mesyuarat Kabinet boleh mencari jawapan melalui internet, kenapa tidak Tan Sri. Jika kami jentera kerajaan dan para blogger boleh berdialog dengan 1MDB untuk mendapat pencerahan, kenapa tidak Tan Sri? Kenapa PM pula yang Tan Sri desak untuk menjawab tentang 1MDB? Adakah beliau CEO baru 1MDB?
Cukup-cukuplah Tan Sri, hentikanlah usaha Tan Sri ini, tidak bolehkah Tan Sri bersabar. Laporan Ketua Audit sudahpun siap, Laporan PAC pun tidak lama lagi siap. Siasatan Petugas Khas SPRM, PDRM dan Bank Negara pun tidak lama lagi siap. Apa tujuan Tan Sri memburukkan kembali isu 1MDB yang semakin nampak sinar kebenaran ini? Adakah Tan Sri takut kebenaran akan muncul dan peluang Tan Sri untuk jadi Perdana Menteri akan hancur berkecai? Saya minta maaf banyak-banyak Tan Sri, macam Tan Sri selalu cakap, UMNO perlu diremajakan. Saya tak nampak proses peremajaan itu akan berlaku jika Presiden digulingkan dan digantikan dengan seorang Timbalan yang 6 tahun lebih tua dari Presiden sekarang. Simpatilah pada jentera parti, cukup-cukuplah menanguk di air yang keruh. -Lokman Adam
Sejujurnya MMI tahu ada dikalangan mereka diluar sana tidak akan bersetuju dengan apa yang telah dizahirkan oleh saudara Lokman Adam dengan alasan yang pelbagai.Namun sesuatu yang harus kita perhatikan adalah sikap dan usaha sebahagian daripada kita hari ini dalam mendepani isu yang ditimbulkan.
MMI sejak dari awal tidak langsung melihat Muhyiddin hadir sebagai seorang Timbalan yang sewajarnya menunaikan amanah dan tanggungjawabnya untuk sama-sama berdepan dengan apa yang disebut sebagai dakyah dan fitnah berniat jahat terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.
Sebaliknya memilih untuk terus menyatakan pendiriannya sedang hakikat beliau terlupa keputusan yang dibuat diperingkat tertinggi itu turut sama melibatkan beliau sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Mengambil kira insiden penyebaran rakaman di ILMU Janda Baik sebelum ini , apa yang MMI perhatikan adalah ada pihak cuba mengambil peluang untuk menjadi hero sedang hakikatnya mereka langsung tidak membantu.
Bukankah seluruh warga Malaysia juga mahukan jawapan yang sebenar-benarnya ?? Dan pastinya jika ada pihak yang melakukan kesalahan maka hukuman itu berdasarkan kepada asasnya , jauh berbeza daripada kita menghukum hanya kerana ia melibatkan kedudukan Perdana Menteri , parti dan kerajaan !
Itu prinsipnya ! Kenapa perlu sampai melatah ni ??
Paling memeranjatkan MMI adalah tidak ada sebarang ulasan mahupun kenyataan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan siapa dalang yang merakam dan menyebarkan rakaman itu sehingga menjadi viral dan digunakan oleh banyak pihak sebagai bahan untuk mengadu-dombakan hubungan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Program tertutup yang sudah dimaklumkan bahawa sebarang bentuk rakaman adalah DILARANG ! Dan Muhyiddin langsung tidak mempertikaikannya !!
HAIRAN ???
Baca artikel berkaitan di SINI
MMI
Sebagai seorang yang berhubung dengan jentera BN setiap hari, saya secara peribadi menerima banyak kerluhan akar umbi tentang betapa sukarnya mereka hendak mempertahankan kerajaan, terutamanya dalam isu-isu yang rumit untuk difahami seperti 1MDB.
ReplyDeleteHihihi..kau tulis tsmy tak paham pasal 1mdb..si lokman adam pun cakap benda yg sama..
Bukan mamat tu je tak paham..aku rakyat malaysia pun tak paham pasal 1mdb..so mana maklumat aku nak cari?
Selama 2 tahun 1mdb di serang..satu pun tak pernah di patahkan..bila si justo kena tangkap kat thailand..dan dia mengaku memanipulsikan maklumat tentang 1mdb..blogger blogger mcm kauorg lah yg paling kuat spin..
lepas tu kauorg nak he tam tsmy dan tdm..
bro..sila check fakta kau ye..
2.6 bilion belum didakwa masuk akaun Najib,apa citer, belum jawap ,bila nak siap siasatan. Duit yg dibelanjakan olen 1MDB belum settle lagi.Jhlow bila nak disoal siasat..slow n steady lama2 lenyap gitu je..
ReplyDeleteikhlas atau tidak itu tiada hal ...apa yang menarik ucapan beliau lebih dipercayai dan diyakini oleh rakyat dan ahli umno di negara ini..berbanding dengan ucapan gula-gula ds najib di tv3..majoriti ahli umno sendiri pun dah meluat..samada live atau online..
ReplyDelete#pecatjibby
ReplyDeleteSalam Doc ,,,,,,Saudara Lokman Adam Jadi rujukan u,,,, kena belajaq politik lagi ni
ReplyDeleteTuan blogger .. smpi bila kau nak pertahan pemimpin kalo bab menyamun takder pulak segan..bab ke depan nak bagi penjelasan cukup lar penyegan!!!..tuan blogger kau suka ker tak suka ker, najib akan di kenang sebagai Presiden Umno/PM yg paling DAYUS dlm sejarah negara... teruskan spin bodoh bangang kau tu!!!.
ReplyDeleteMenanggok di air keroh. Siapa yang menikam Pak Lah dahulu? Sejarah berulang.
ReplyDeleteOrg no 2 nak nasihat org no 1 pon tak mahu dengar.....
ReplyDeleteOrg no 1 boleh blah la...perasan bagus. Tapi ngok gile.
Mmi, salah tetap salah, fakta tetap fakta, come on la mmi!!!!
ReplyDeleteCakap banyak pun tak guna..... Cuba jawab yes or no duit masuk akaun najib? Itu pun tak leh jawab??
assalam. anu 20:14 .. kalu nak tukar najib/BN sekali pun biarlah puak2 PR kemas & teratur dulu..ni bertabur macam ayam kucar tahi jeee...Moga Allah selamatkn kepimpinan Najib & ahlu sunah...agen2 dajal/pendusta sedang menyerang Malaysia dalam & luar..berpeganglah pd fikrah ahlu sunah anda PASTI SELAMAT.
ReplyDeleteBagi soalan dah jawab, kemudian ubah soalan, dah jawab ulang balik soalan.......sampai kiamat lah kamu rasa soalan tu x de jawapan. Kenapa mabuk sangat dengan soalan yg diulang2 ni? Sampai bila nak beri jawapan yg berulang2? Ada kalanya soalan bodoh pula yg ditanyakan. Saya rakyat biasa pun faham keadaan, x kan orang hebat2 mcam Tun, Muhyidin dan KJ x faham2 lagi? Atau sememangnya sengaja x mahu faham kerana dah dibeli dengan pehak2 tertentu? Alangkah murahnya maruah mereka ini? Saya dah baca sebahagian besar soalan sebenarnya telah ada jawapan. Tinggal nak dapat jawapan muktakhir pegawai2 penyiasat. Jawapan awal penyiasat menyatakan x de perkara yg meragukan, itu sudah pun memberi sebahagian pencerahan. Walhasil rombakan memang perlu demi mengukuhkan kerajaan. Adalah sukar untuk mengemudi bahtera yang mempunyai kakitangan yg mengambil haluan sendiri dengan mengepikan nakhoda semata2 kerana sengaja menerima fitnah demi matalamat peribadi/kroni.
ReplyDelete