Followers

Friday 15 June 2012

Selepas Bertam Nite Kini Mergong Nite Pula !!


Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Liz Candy seorang DJ bertaraf dunia yang sememangnya cukup di kenali oleh mereka-mereka yang sering mencari hiburan di disko-disko mahupun pusat-pusat hiburan yang mungkin juga bertaraf dunia.Klik Sini .

Namun apa yang mahu didedahkan kali ini adalah berkenaan kedatangan Liz Candy ke Malaysia.Tapi yang agak memeranjatkan kedatangan beliau ke Malaysia adalah sempena pembukaan pusat hiburan ataupun disko baru yang telah pun dibuka pada 12 Jun 2012 yang lalu.

Dan paling hebat adalah disko tersebut berada di negeri Kedah yang hari ini di pimpin oleh Pas.


Agak aneh apabila berita ini tersebar memandangkan Kedah hari ini yang ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi masih memberikan laluan kepada perkara-perkara seperti ini.

Ini merupakan bukti jelas bahawa Pas di Kedah juga baru sahaja meluluskan lesen pusat hiburan dan jika melihat kepada banting diatas jelas ianya turut meletakkan "sticker" kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan bagi pemasangan banting terebut disekitar pekan Alor Setar.

MMI berterima kasih kepada sahabat blog Anak Seberang kerana mendedahkan perkara ini kerana ianya membuktikan apa yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin bahawa Pakatan Haprak sebenarnya mengamalkan sistem "double standard" adalah benar Klik Sini .

Persoalannya mana mungkin pihak kerajaan negeri tidak mengetahui perkara ini kerana pihak berkuasa tempatan yang meluluskan pemasangan banting-banting di sekitar Alor Setar ?

Mustahil juga perkara sebegini tidak di maklumkan kepada pihak yang berwajib kerana ianya jelas memberikan pandangan yang cukup negatif terhadap sebuah kerajaan negeri yang sering melaung-laungkan perjuangan berteraskan Islam.

Kedah juga tidak terlepas !!

Apa yang Azizan Razak dan konco-konconya buat di kala anak muda di seluruh Kedah bertempik menari asyik dan teruja dengan bunyi alunan muzik disko yang dimainkan pada malam pembukaan tersebut ?

Dan mengapa sehingga ke hari ini masih tidak kedengaran suara-suara daripada juak-juak Pas khususnya barisan pemuda ataupun unit amal bagi menghalang Liz Candy daripada hadir ke bumi Kedah ? Atau mungkin mereka khususnya unit amal sibuk dengan menjaga lalu lintas ceramah- demi ceramah yang sering diadakan oleh Pas ?

Jika mengikut daripada apa yang tertera pada banting tersebut jelas pusat hiburan yang dimaksudkan telah pun beroperasi pada tarikh 12 Jun 2012 hari Selasa yang lalu dan sedang menanti kedatangan Liz Candy DJ tersohor dunia untuk "Grand Opening" pada 20 Jun 2012 nanti yang semestinya penuh meriah.

Bagi MMI , siapa pun yang hadir tidak menjadi soal sangat kerana kita sedia maklum hak kaum yang bukan sebangsa dan seagama dengan kita juga perlu juga dihormati cumanya kita sebagai pemimpin perlu memantau supaya perkara tersebut tidak melibatkan mereka yang beragama islam dan di jalankan secara tertutup.

Namun kerana Pas hari ini dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan apa yang mereka gelarkan sebagai negara Islam dan sering melakukan tuduhan dan fitnah diatas setiap gerak kerja yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional , maka perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku dan diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa di Kedah.

Gagal menghalang perkara seperti ini dari berlaku bermakna perjuangan Pas di Kedah hanyalah retorik dan "double standard" .

Kata Dulang Paku Serpih..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels