Followers

Monday 18 February 2013

Lahad Datu , Penceroboh Tak Mau Balik !!!!


Berita tentang pencerobohan kumpulan berpakaian tentera di Lahad Datu kini memasuki episod yang baru.Jika sebelum ini mereka diberitakan sedang berunding dengan pihak tentera untuk urusan penghantaran pulang kini khabarnya mereka mahu terus kekal di bumi Lahad Datu.Baca Sini 

Kumpulan yang sudah dikenal pasti identiti mereka iaitu pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.

"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.

"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan. -AFP

MMI mengharapkan isu ini boleh di selesaikan dengan baik diantara kedua-dua pihak.Hindarkanlah dari sebarang pertumpahan darah kerana yang ruginya adalah kita sesama Islam.

Namun MMI masih musykil kenapa secara tiba-tiba kumpulan ini bertindak sedemikian ? Kenapa tidak dulu ? Apakah ada tangan lain yang bersembunyi di belakang kumpulan tersebut ? 

kredit to rezabtanahmelayu 

MMI.

15 comments:

  1. selagi ada rundingan gunakanlah....kalau berlaku pertumpahan darah sudah tentu kerajaan BN akan dihentam oleh PAS....saya sendiri tidak bersetuju dengan pertumpahan darah...kalau dilihat dari sudut sejarah kerajaan Sulu...memang benar Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu....penjajah yang membina sempadan....jangan ada hendaknya pertumpahan darah sesama Islam...perlu diingat Islam tidak dipisahkan oleh soal bangsa dan sempadan geografi sesebuah negara....jangan kita diperalatkan dan porak peranda akibat daripada permainan musuh Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Negara lain kena macam ni, mati sudah lo jawap dia..

      Delete
    2. ini bukan soal politik...ini soal kedaulatan negeri Sabah..lu pikirla sendiri..dia cakap apa oh..

      Delete
    3. woi saladin! kau siapa oh...

      Delete
  2. masa berlembut sudah tamat.. masa utk berbincang sudah habis.. sbb semakin berlembut semakin banyak lemak, kalau puak2 ni dah cakap sabah ni diaorg yg punya, diorg kata ada hak disabah, masuk bawa pengikut dan senjata.. apa lagi nak ditunggu..?? pihak polis boleh serah tugas pada ATM.. tau la mcm mana pihak ATM nak uruskan...

    ini soal maruah dan kedaulatan negara.. senang2 pihak2 luar nak ganggu gugat... kalau puak2 ni tak hormat negara kita, jadi tak perlu dilayan seperti pelancong

    ReplyDelete
  3. pelik.. ada juga rakyat malaysia ni yg sokong penceroboh masuk negara ini sesuka hati dgn bertujuan nak rampas atau nak menuntuk hak salah satu negeri yg ada dari malaysia... ingatkan nak mempertahankan maruah negara tapi setuju apa kehendak penceroboh ni plak..??
    jadi apa maksut anon atas ni..?? bersetuju saja lah utk berkongsi negeri sabah dgn penceroboh ni... bersetuju lah penceroboh ni ditabalkan sebagai raja sabah atau diberi segala hak dan kemudahan..?? membenarkan penghijarahan besar2an puak2 ni ke sabah sebagai penduduk tetap sabah..?? jadi kita kena bersetuju utk berkongsi kuasa dgn mereka..??
    jika macam ni semakin besar kepala la penceroboh2 ni jika ada rakyat malaysia sendiri yg menyokong mereka, ini dah kira pengkianat negara... tak mustahil nanti semakin ramai berkapal2 puak2 ni akan masuk dgn segala tentera dan senjata dgn adanya sokongan seperti anon diatas
    sepatutunya apa yg berlaku kita sebagai warga negara yg berdaulat mesti mempertahankan negara ini walau apa pun terjadi sbb ini soal maruah negara sendiri..
    negara kita telah beri peluang dan berlembut pada penceroboh2 ini utk berunding dan jaminan balik dgn selamat tapi kerana kelembutan kita telah menyebabkan mereka semakin besar kepala, hingga berani beri kata dua kepada kita, penceroboh macam ni ke kita nak berlembut lagi.. takan nak tunggu ada rakyat kita disana bergelimpangan kena tembak atau dijadikan tebusan baru nak tersedar dan bertindak.. masa tu dah terlambat
    ini bukan soal politik, ini bukan soal umno, ini bukan soal pas, ini bukan soal pkr, ini soal maruah negara yg sedang diceroboh dan minta diberi hak dan kuasa kepada mereka, ini soal besar buat negara dan rakyat malaysia..
    jika ada ramai anon seperti diatas alamatnya semakin mudah lah negara ini tergadai..

    ReplyDelete
  4. sgt setuju dgn pandangan Saladin, cara terbaik kerajaan harus rujuk semula kepada perjanji penyatuan Sabah dgn Malaysia, jika tiada termaktub sebarang bukti sejarah Kesultanan Sulu maka Malaysia berhak mempertahankan kedaulatan negara. Maka Kesultanan Sulu harus bertanggungjawab diatas sebarang pertumpahan darah kelak. Masalah yg agak rumit ialah mereka ini adalah beragama Islam dan berbangsa melayu sulu. Adalah dicadangan wakil Maaysia bersama kerajaan Filipina harus membuat perundingan dengan kerajaan Sulu jika ia diiktiraf oleh dunia jika tidak kita harus menganggap mereka ini sebagai Lanun atau Penceroboh dan harus diperangi demi keamanan Malaysia khasnya Lahat Datu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mereka org islam n melayu sulu kita kat malaysia ni majoritinya ugama n bangsa apa pula? Lg 1 nk bg tau la pada yg bnyk ckp n kritik ni, nk bertempur dgn mereka bknnya susah pun kejap je atm gempur tumbang le semuanya. Masaalahnya kat sini kita sebagai rakyat malaysia kena tau negara kita ada undang2 walaupun utk mula menembak n negara kita juga ada perjanjian undang2 di Geneva.Dlm perang pun kita kena patuh pada perjanjian Geneva yg mana bnyk negara mempersetujui n menandatanganinya. Org tua2 ada berkata "cakap memang senang n pandai tp nk membuat n melaksanakan memang susah" jd renung2kan lah wahai saudara2 ku. Kelebihan kita manusia makhluk ciptaan allah adalah pada akal yg di kurniakannya yg membolehkan kita berfikir......

      Delete
  5. tindakan puak kecil Sulu ini boleh diumpamakan org malayu Malaysia menceroboh Singapura, kemudian membuat tuntutan utuk menduduki pulau itu kerana asal-usul tanah Singapura, apa agaknya akan jadi pada puak2 ini??? Fikirkan la....

    ReplyDelete
  6. tindakan puak kecil Sulu ini boleh diumpamakan org malayu Malaysia menceroboh Singapura, kemudian membuat tuntutan utuk menduduki pulau itu kerana asal-usul tanah Singapura adalah milik Malaysia atau Tanah Melayu gelaran dahulunya, apa agaknya akan jadi pada puak2 ini??? Fikirkan la....

    ReplyDelete
  7. setuju.....tangkap saja mereka. jangan layan permintaan gila orang asing.....kesultanan sulu di sabah telah lama berkubur..... ayoh hantar saja regimen gerak khas Malaysia utk hapuskan penjenayah negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbab sultan diaorg dulu tamak utk dptkn duit.tk fikir pjg.habis wilayah diaorg gadai dgn penjajah (british) pada masa dahulu.setelah sabah masuk sbagaian malaysia.baru nk tuntun balik.masa skrg ni...mmg tk patut timbul lagi soal tuntuntan keatas wilayah sabah.samalh klu kita gadai emas d kedai emas.klu kita tk dapat bayar balik..jawapnya lesaplh.mcm tulh lebih kurang.

      Delete
  8. S'bnar nya p'crboh2 nie cma nak ambl k'smptan ke atas sbah yg sdh mju & kya dgn hsil bmi.. Tdk ssh snang crta ja..srh ja p'dduk bmiptra sbah yg tgal d lhd dtu pndah ke bhgian2 sbah yg lain..sbah nie kan bsar..lpas ja smua p'dduk original sbah pndah kluar dr lhad dtu m'sia blh la kluar kan lhad dtu dr m'sia...sgla kmdhan d lhad dtu 2 d'trik smla..biar waris sltan sulu & sltan dorg bina smla lhad datu dr awal smpai la mju smla mcm yg dorg ambl..kta tgok sggup ka mrka..@ dorg cma ambl k'smpatan ja...

    ReplyDelete
  9. Mgkn mereka d peralatkn.pjanjian lma ada surat hitam putih,sptutnya d selesaikn sblm sabah sertai malaysia.y not bg open discussion ketua negara dn ketua mereka.dh jd parah smua ketua tiada d sabah,xptt blaku.

    ReplyDelete
  10. hahaha bnda ni aku dah agak akn brlaku blik2 yang salah adalan anuar jge,,,serupa bdoh jew dgn ni semua,,dunia ni x kan aman lau korg2 ni semua hdup,,,,yg ske cri masalah ni ha...

    ReplyDelete

Labels