Followers

Friday 24 August 2012

Apa Cerita Mamat Ni ???


Ketika kerajaan Barisan Nasional sedang bertungkus-lumus bekerja untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat ada juga pihak-pihak tertentu yang saban hari melalak kononnya merekalah yang terbaik rupa-rupanya masih gagal menangani masalah rakyat waima keperluan asas sekalipun.

Terbaru di Baling masalah keperluan air bersih juga menjadi satu mala petaka kepada rakyat apatah lagi dalam suasana orang Islam menyambut hari lebaran.

Gambar diatas menjadi bukti segala-galanya , tergamakkah kita melihat sebahagian daripada masyarakat kita hari ini masih menggunakan air perigi yang terpaksa di gali sendiri semata-mata kerana masalah untuk mendapatkan air bersih ?

Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu.

Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu, mereka langsung ketiadaan bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk kegunaan mandi dan memasak.

Keadaan tersebut dialami sejak beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal lagi, apabila paip air yang masuk ke rumah mereka langsung tidak menitis.

Antara kampung terbabit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang yang teruk terjejas ialah Kampung Parit Panjang, sekitar pekan Kupang, kawasan perumahaan sekitar Pekan Tawar dan Pekan Malau.

Dalam kawasan DUN Kuala Ketil pula, kampung yang terbabit ialah di taman perumahan sekitar pekan Kuala Ketil.

Dalam kawasan DUN Bayu, lebih 10 kampung tiada bekalan air antaranya Kampung Tanjong Pari, Kampung Weng Luar dan Weng Dalam, Kampung Carok Putih, Kampung Becah Sawa, Kampung Lalang, Kampung Carok Bunting, Kampung Pokok Setol, Kampung Luar dan Kampung Siput.

Ada penduduk terpaksa menggunakan air kolam ternakan ikan untuk mandi di pagi raya, manakala di Kampung Carok Bunting, mukim Siong, seorang penduduk menggali telaga untuk mendapatkan air sejak sebulan yang lalu.

Masalah ini sebenarnya sudah menjadi satu bebanan kepada penduduk dan daripada apa yang MMI dengar sudah ada di kalangan penduduk yang melabelkan SADA sebagai Syarikat Air Dato' Azizan kerana terlalu marahkan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Haprak.


Gambar diatas pula berlaku di Selangor , sempena hari lebaran ni sedara terdekat MMI sendiri yang menetap di Selangor menceritakan apa yang diperkatakan oleh banyak pihak berkenaan masalah air di Selangor adalah benar sama sekali.

Kalau tak gunakan penyuling alamatnya satu badan akan gatal-gatal apatah lagi nak buat minum.

Amacam ampa semua gamak ka guna air macam tu ?

Mengikut maklumat masalah di Selangor berpunca daripada paip yang sudah lama dan berkarat namun proses untuk menggantikannya di halang oleh kerajaan negeri.

Tak tahulah MMI mana satu yang betul.Kalau MMI cakap Pakatan Haprak ni baqhal ada pula yang marah nanti tapi ampa semua pakat-pakat nilailah.

Psstt Baguih ka Pakatan Haprak ni ????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels