Membaca kenyataan terkini berkaitan pengiktirafan seorang pemimpin PAS terhadap golongan LGBT sudah cukup untuk membuatkan MMI tersenyum.Senyuman yang bukan dibuat-buat itu hadir tatkala pemimpin PAS ini dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba menyakinkan rakyat Malaysia berkenaan pengiktirafannya terhadap golongan LGBT yang dibuat secara berlapik.
Sikap liberal Mujahid begitu jelas dalam kenyataannya berkaitan draf undang-undang keharmonian nasional dan rekonsiliasi.
Sebelum MMI ulas lebih lanjut rasanya lebih baik kita membaca dan meneliti kenyataan si Mujahid yang disiarkan oleh media pro-pembangkang paling kuat memfitnah.
Mungkin bagi sesetengah pihak apa yang dinyatakan oleh Mujahid itu adalah kebenaran dan realitinya namun bagi MMI tindakan beliau itu secara tidak langsung sudah pun mengiktiraf golongan terbabit.Bukan soal menidakkan hak sesiapa tetapi apabila sampai ke satu tahap kita mula memberikan pengiktirafan berdasarkan golongan tersebut maka secara automatiknya Mujahid sudah pun mengiktiraf golongan LGBT.Draf kepada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof.Sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biskesual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, katanya.Jelasnya, intipati rang undang-undang itu adalah untuk "memastikan setiap rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan di hadapan undang-undang tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, jantina dan ketidakupayaan"."Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina."Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya."Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual."Ia bukan bermakna undang-undang ini mengiktiraf orientasi seksual seseorang," kata MP Parit Buntar itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.Menurutnya, pengiktirafan terhadap perlakuan itu dan melindungi hak mereka untuk tidak didiskriminasikan adalah dua perkara berbeza.Jelasnya, anggapan bahawa beliau dan anggota Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar menyokong amalan LGBT adalah berpunca daripada mereka yang "tidak cermat dalam menilai" rang undang-undang itu."Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia."Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul)."Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu," katanya.Draf rang undang-undang tersebut beserta draf dua lagi rang undang-undang lain - Rang Undang-Undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-Undang Kebencian Kaum dan Agama - kini dibuka untuk maklum balas orang ramai.Ia dirangka oleh Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar yang merupakan satu daripada lima jawatankuasa di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).Jawatankuasa tersebut turut dianggotai bekas pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee selaku timbalan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.
Malaysia tidak pernah mengiktiraf golongan LGBT apalagi membenarkan segala perlakuan menjurus ke arah itu berkembang biak di negara ini.
Sebagai seorang pemimpin PAS yang mengaku pejuang Islam , Mujahid seharusnya menjadi penentang kepada dasar tersebut di dalam MKPN.
Seharusnya MKPN perlu lebih peka dalam soal ini dan bijak menanganinya Kalau diikutkan kes golongan ini sudah lama berlaku namun tidak pernah sekalipun mana-mana pihak memberikan pengiktirafan sebegini rupa.
Sebaiknya MKPN dan Mujahid harus mencari kaedah serta ruang yang lebih khusus dengan mencari jalan untuk mengembalikan golongan ini kepada dunia realiti.Bukan dengan terus memberikan pengiktirafan berdasarkan mereka itu adalah LGBT.
Sekali lagi MMI tegaskan walaupun pengiktirafan yang diberikan itu difokuskan kepada ruang lingkup hak mereka dalam bidang pekerjaan tetapi secara tidak langsungnya golongan terbabit sudah pun mendapat pengiktirafan daripada mereka yang mengaku bijak pandai di MKPN.
Paling menarik keputusan itu bukan sahaja disokong malah dipertahankan oleh seorang pemimpin daripada PAS Mujahid Yusof Rawa TERBAIK.
Lagi satu dont get me wrong MMI tidak mempertikaikan kewujudan MKPN tetapi biarlah MKPN itu menjadi platform untuk kita menghasilkan perkara-perkara yang lebih bernilai dan bermanafaat untuk rakyat.Bukan menjadi medan pihak-pihak yang selama ini menentang dasar kerajaan untuk buat pandai !
MMI
Mengikut pemikiran aku yang cetek ini, maknanya Dr. Mujahid ini memperkatakan bahawa hak-hak asas kemanusiaan pengamal ini perlulah dilindungi dibawah undang-undang, bukan begitu? kerana dengan melindungi hak-hak itu sahaja mereka dibezakan antara species manusia dan binatang.
ReplyDeleteJika itulah corak pemikiran liberalnya Dr. Mujahid, penjenayah-penjenayah juga mempunyai hak-hak asasi sebagai manusia, selain kecenderungan secara kompulsif untuk melakukan jenayah saperti mencuri, merogol (dikatakan sexual maniac), mencedra dsb. Adakah perlu mengiktiraf kecenderungan jenayah ini dan disamakan dengan hak asasi jiwa yang bebas dan kemanusiaan, tidak boleh dihukum atau disisihkan, ditagkan sebagai samataraf dengan majoriti manusia lain yang mengikut fitrah....
Kebebasan seekor anak kambing keluar dari kelompoknya yg fitrah, semata-mata kerana naluri suka memanjat batu dan melompat bebas akan menjadi habuah serigala atau singa lapar. Begitu juga kegigihan pemikir untuk memfitrahkan unsur-unsur keiblisan manusia, menjadikan ia wadah kebebasan berfikirnya (semata-mata utk menjustifikasikan ketokohan diri sebagai lebih liberal/cerdik dari marhaen lain) juga munkin akan menjadikan ia habuan serigala yang sedia menahan perangkap.
Yg cakap tu... Mu-jahit Baju ke, Mujahid Singh...
ReplyDeleteKalau Mu-Jihad... mu kena faham, kita tak mahu diskriminasikan itu LGBT; kita mahu MEMBENTERAS atau HAPUSKAN itu LGBT. Nak cari makan sangat, konon...
EVLee
Soalan cepumas utk Mujahid dan rakan sekongkolnye di #NUCC.
ReplyDelete"Kalau diberi hak dan tidak boleh diskriminasi, tiadakah percanggahan dgn Kanun Keseksaan dan enakmen syariah negeri berkaitan LGBT/seks luar tabie"? Bukankah itu satu pengiktirafan juga sebab kalau tak boleh diskriminasi, maknanya secara "de facto" sudah diberi hak dan pengiktirafan?
Inilah akibatnya bila org jahil cuba membuat rang undang-undang tanpa mengetahui implikasi. Diperbodohkan pihak COMANGO.
"hanya Pas harapan Islam?" kalau wakil pas yg jahil tak tau hadith "Abu Yaala Shaddad bin Aws said that the messenger of Allah said :
"Verily Allah has prescribed proficiency in all things. Thus, if you kill, kill well; and if you slaughter, slaughter well. Let each one of you sharpen his blade and let him spare suffering to the animal he slaughters."
related by Muslim.
Inikah seorang yg menjadi "harapan" Islam?
Sebenar-benarnya Boss LN11... itulah soalan yg Mujahid and The Gang TIDAK MAHU kita ketengahkan.
Delete1. Pengiktirafan kaum luar tabie ini bukan hanya bercanggah, malah jadi menghina(contempt) terhadap kedua2 Kanun Keseksaan dan Kanun Jenayah Syariah.
2. Selepas pengiktirafan kaum luar tabie berlaku(na'uzubillah), agenda sebenar mereka menjadi lebih jelas lagi. Di kala ini, Negara Malaysia serta Undang2nya berada tepat dalam 'kedudukan mendiskriminasikan' kaum2 luar tabie tadi.
3. Kerana sahnya gender luar tabie ni(na'uzubillah) maka pada peringkat ini, Mujahid dan Tentera Iblisnya bersama pihak2 luar secara terangan akan memperhebatkan tekanan dan penentangan bagi mendesak kerajaan menggubal kedua2 undang2 tadi supaya tidak lagi menyentuh hak2 kaum luar tabie. Itulah matlamatnya. Masa dan selepas tu saya rasa... 'all hell breaks loose'.
Saya amat berharap masih ada ramai lagi rakyat Malaysia seperti Boss LN11 yg akan dapat menghalang perkara2 serta agenda2 sebegini dari terus menjadi kenyataan.
As for Mujahid and The Gang, lebih elok dijadikan habuan singa atau serigala lapar dalam posting Boss Mae Dopoq Boyah @ 11 July 2014 00.49 di atas.
EVLee
Ahli pas tak kisah pun kalu nak sokong yahudi atau penentang kuat agama islam. Musuh utama mereka umno sahaja kerana meminggirkan mereka utk berkuasa dan mendapat sokongan melayu sepenuhnya. A
ReplyDeleteApabila golongan LGBT dipertahankan hak mereka, maka, maksud tersirat, dia menyatakan Anwar tak payah pergi penjaralah maknanya? Kan, kan? Mujahid, Mujahid, kamu dah jadi MuJahat.
ReplyDeleteWalaupun aku tak sokong dia, tapi ada logiknya. Contohnya, seorang gay atau lesbian dibuang keja, pdhal dia baru nak bertaubat, amacam? Benda-bnda yg takde kena mengena dengan dosanya, tak perlulah dilibatkan. Cuma aku nampak gak undang-undang ni lebih nak lawan peraturan jabatan agama islam negeri. Bayangkan pondan berpeluk sakan di khalayak dah tak boleh ditangkap atau ditahan? Amacam? Puak-puak ni sebenarnya nak manipulasi undang-undang, ada udang di sebalik batu. Hati-hati.
ReplyDeleteI am gay and I have a lot of gay friends in Malaysia. Almost of all my gay muslim friends over 30 are married due to social pressure. Unfortunately every single one of them admit to me that they are still gay and that it's something they can never change and they secretly have sex with men without the wife's knowledge. They don't love they wife. And the poor wife! she married a gay man that doesn't not really love her and finds her sexually attractive.
ReplyDeleteYou talk about 'taubat'. Religions tells us gay is wrong and they must change. Medical science tells us that a gay person can never ever change to become a straight person.
Now the question: Will you allow your sister or your daughter to marry a gay man that claims he has 'taubat'? Be honest in your answer. And remember what i said that all my gay friends are now in a false marriage and hate they lives, and still secretly have sex with men by going online and finding men on gay websites but tell their wife that they are working late tonight.
Honest answer please. Yes or No?
Setiap perbuatan bergantung akal fikiran dan hawa nafsu jika kedua2nya dikuasai syaitan maka perkara di luar tabiee yg akan berlaku, nafsu sedemikian akan hilang dgn sendiri jika kita mendekati tuhan dengan ikhlas, setiap agama mengajar sedimikian, tepuk dada tanya selera.
ReplyDeleteNafsu memang segala2nya untuk perbuatan buruk dan baik kalau tidak dikawal masalah3, dekati tuhan maha esa dgn ikhlas dan yakin
ReplyDelete