Followers

Friday 21 September 2012

SUARAM Mula Di Telanjangkan !!


Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.

Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.

Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.

National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.

Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.

Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan.


NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini.

Satu ja nak tanya juak-juak pencacai PAS yang turut sama dalam himpunan haram "Bersih" bersama Ambiga , sedaq dak duit yang datang tu dari sumber Yahudi ?? Nak kira macam mana pula tu ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels