Followers

Thursday, 7 February 2013

GEMPAR Lambang SALIB Dalam MASJID ??!!


Lambang SALIB dalam masjid ? Apa puncanya pula tiba-tiba lambang salib boleh berada di masjid ? Untuk makluman kes ini berlaku di salah satu Masjid di Pulau Pinang.MMI sendiri hairan mengapa kita suka mengambil mudah perkara sebegini yang jelas menunjukkan betapa dangkalnya kita sebagai orang Islam.

Gambar diatas diambil sendiri oleh salah seorang teman MMI sewaktu beliau ingin menunaikan solat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang.Walaupun isunya hanyalah logo mahupun gambar yang terdapat pada baju si pemakainya tetapi dari sudut sensitiviti kita sebagai orang Islam ianya amat memalukan.

Apakah si pemakainya langsung tidak sedar akan kewujudan lambang salib yang jelas tertera di belakang baju yang dipakainya ? Atau langsung tidak mahu ambil tahu dan tidak ada perasaan menghormati rumah Allah itu sendiri.



Ampa nampak bukan ? kepada semua di luar sana ambillah iktibar dari kes yang berlaku ni , kalau kita sebagai umat Islam sendiri tidak ada rasa hormat kepada agama Islam dan rumah Allah agaknya ke depan apa lagi yang boleh berlaku ?

Perlu diingat hari ini kita bukan saja berdepan dengan anasir yang cuba mencarik-carik agama kita tetapi turut berdepan dengan mereka yang mengaku seagama tetapi sanggup melacurkan kalimah Allah demi kepentingan politik dan mengejar Putrajaya.

Hati-hati dan sensistiflah dengan apa yang ada di sekitar kita , cukup-cukuplah usaha mereka yang bersekongkol dengan musuh Islam kerana generasi selepas ini bakal berdepan dengan cabaran yang jauh lebih hebat.

MMI.

1 comment:

  1. jawapan biasa/dangkal...
    "baju aku.. apa ko peduli..!
    mau gaduh ka.. bawak geng !! "

    ReplyDelete

Labels