Followers

Tuesday, 30 October 2012

Kota Belud Bikin Telinga Juak Pakatan Haprak PANAZZZZ !!


Sikap dwistandard pembangkang yang hanya gemar mencari salah kerajaan tetapi menutup mata jika sesuatu skandal itu melibatkan mereka walaupun ia melibatkan wang rakyat, terbukti semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Malah pemimpin-pemimpin pembangkang juga mula memperlihatkan reaksi tidak selesa apabila kelemahan mereka 'dilondehkan' wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sedangkan selama ini pakatan itu mendabik dada kononnya telus dan berakauntabiliti.

Semuanya bermula apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mempersoal mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes National Feedlot Corporation (NFC).

Sedangkan jelas beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan.

"Isu penternakan lembu bernilai RM1 juta yang dilaksanakan KCB yang dibangkitkan dalam laporan audit cuba ditutup oleh pembangkang apabila kita lihat tiada seorang pemimpin mereka membangkitkan isu ini sedangkan ia hampir sama dengan kes NFC.

"RM1 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet kerajaan negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet kerajaan Pusat.

"Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah tapi mengapa pemimpin pembangkang tidak timbul isu ini, mengapa dwistandard," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang).

Mengulas mengenai persoalan tersebut, Hamim berkata, satu sidang media akan diadakan esok selepas mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bagi membincangkan perkara itu.

"Cuma saya nak jelaskan di sini, saya setuju dengan Kota Belud. Pembangkang jelas sekali dwistandard apabila skandal itu membabitkan mereka. Sepatutnya kalau nak tegur, tegurlah semua, jangan main pilih bulu. Kalau tak betul, cakap tak betul," katanya.

Kurang selesa apabila sikap pembangkang dilondehkan, Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangun mencelah dengan bertanya, kalau skandal, siapa isteri atau suami kepada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang terbabit dalam projek penternakan itu.

Tindakannya itu kemudian dibidas Abdul Rahman apabila dengan tegas beliau berkata, siapa pun yang terlibat, kecil atau besar nilai skandal tersebut, apa yang pasti ia melibatkan wang rakyat dan kerugian sudah pun berlaku.

Inilah sebenarnya wajah barisan pembangkang di Malaysia , siang dan malamnya diisi dengan dakyah dan penipuan malah fitnah menjadi agenda utama dalam usaha menjatuhkan kerajaan.Sikap "Double Standard" jelas namun masih mendabik dada kononnya merekalah yang terbaik. 

Apa nak jadi Malaysia ???     

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels