Followers

Thursday, 15 November 2012

Apa Yang Istimewanya Muktamar PAS 2012 ???


Dek kerana keasyikan yang terlalu kuat terhadap nafsu untuk berkuasa hari ini PAS semakin terhimpit.Terhimpit kerana keangkuhan dan sikap sombong serta bongkak barisan pimpinannya demi memenuhi tuntutan nafsu serakah masing-masing yang akhirnya menyebabkan PAS sudah hilang bisanya.

MMI bukan mahu menuding jari atau bercakap soal bisa siapa lebih hebat namun dalam dunia yang penuh cabaran ini seharusnya PAS dilihat antara parti yang mampu meyakinkan rakyat untuk bertaut demi survival orang Melayu dan Islam.

Namun malang bagi PAS kerana perjuangan mereka sedikit demi sedikit mula menyimpang yang akhirnya menyebabkan mereka hilang arah seterusnya dijadikan PENCACAI kepada sahabat sesyurga mereka PKR dan DAPIgs.

Tanyalah siapa saja hari ini pastinya ituah jawapannya dan ianya turut diakui oleh ahli PAS sendiri.

Namun kerana ketaksuban terhadap seorang manusia yang diangkat sebagai Tok Guru yang semakin jelas celarunya menyebabkan juak-juak PAS terus-terusan di rogol oleh pimpinan mereka sendiri.

Ditambah pula dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti hari ini , apa sangatlah yang nak di banggakan dengan muktamar PAS 2012 ? 

Sebenarnya sudah ada usaha-usaha daripada mereka-mereka yang masih waras dalam PAS untuk menyelamatkan parti milik orang Melayu Islam ini (selain UMNO) dan mahu melihatnya kembali ke perjuangan asal namun sejauh mana agaknya usaha ini mampu membuka hati dan mata pimpinan tertinggi PAS khususnya Nik Aziz yang kini semakin buta dan pekak sehingga sanggup menjadi anjing belaan DAPigs.

Majlis 'Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal' Sabtu lalu mewakili beribu-ribu ahli Pas yang mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menegakkan Islam serta negara Islam dan bukannya menjadi 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama penanya C. N. Al-Afghani berkata, pemimpin Pas harus sedar kehadiran mereka bukannya atas dasar paksaan tetapi kerana mahu melihat Pas berubah kepada perjuangan asal.

Sehubungan itu, beliau berkata, barisan kepimpinan Pas wajar membuang ego dan menerima pandangan ahli-ahli akar umbi secara terbuka kerana hakikatnya perjuangan parti tersebut kini semakin tersasar terutama selepas menyertai pakatan pembangkang.


Persoalannya sejauh mana pimpinan tertinggi parti PAS melihat usaha segelintir mereka-mereka ini sebagai usaha ikhlas demi sebuah perjuangan ? 

Sekiranya usaha dan perjuangan ini pun dilabelkan sebagai perkara remeh apa lagi yang istimewanya Muktamar Pas kali ini ????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels