Followers

Tuesday 27 November 2012

PAU2012 Pemimpin PAS Umum Keluar Parti ?!


Satu khabar angin bertiup kencang sejak semalam menyatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2012 bakal menyaksikan beberapa pimpinan PAS akan mengistiharkan keluar parti dan seterusnya menjadi ahli UMNO.

Sejauh mana kebenaran berita ini masih menjadi tanda tanya dan ianya agak meragukan kerana dikeluarkan oleh media alternatif pro pembangkang.

Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini. Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut.

Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.Baca Seterusnya

Adakah ianya merupakan satu lagi serangan terhadap usaha memburuk-burukkan UMNO atau sememangnya ada kebenarannya ?

Bagi MMI sekiranya berita tersebut benar maka sudah tentu media alternatif pro pembangkang amat-amat di perlukan untuk melakukan apa yang dipanggil "damage control".

Apa pun sama-sama kita nantikan sama ada ianya benar atau tidak ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels