Followers

Monday 26 November 2012

Hati-Hati Taktik Pembangkang Sudah Boleh Di Duga - Tun M


Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

"Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya. Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja.

"(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: “Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah.

"Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri...tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) nak tipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri," katanya.

Tak di nafikan kenyataan Tun Mahathir itu ada asasnya , jika tidak mengapa agaknya pengkianat anti lynas berkumpul di Kuala Lumpur ? MMI yakin semuanya adalah perancangan jahat dan jijik barisan Pakatan Haprak yang kini sebenarnya sudah semakin tersepit khususnya dalam mendapatkan sokongan rakyat.

Kerana itulah hari ini strategi Pakatan Haprak lebih terarah kepada mereka-mereka yang bukan dari kalangan orang Melayu dan Islam kerana mereka tahu sokongan orang Melayu dan Islam sudah semakin longgar.

Apa yang membimbangkan MMI adalah Pakatan Haprak dilihat semakin galak berusaha untuk memainkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia khususnya yang melibatkan kepentingan bangsa Cina.

Hati-hatilah...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels