Followers

Tuesday, 27 November 2012

Dong Zong Bukan Anti Kerajaan Tapi Anti Melayu !!


Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dilihat  seringkali menuduh segala pembaharuan pendidikan oleh kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk merosakkan bahasa Cina dan masa depan sekolah Cina.

Sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu, kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan sekolah Cina apatah lagi mahu merosakkan bahasa Cina sebaliknya segala kekurangan yang ada segera ditampung bagi memastikan pendidikan tersebut tidak terjejas.

Dong Zong dalam lebih bersifat politik dan bukannya menjadi pejuang pendidikan seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka.

Begitu juga dengan pendidikan Tamil. Timbalan perdana Menteri telah menjelaskan  bahawa pelan pendidikan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak langsung menyebut untuk meminggirkan sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil, malah kedua-dua aliran ini akan terus kekal seperti mana dalam laporan itu.

Jadi apa maknanya ? Ini bermakna aliran sekolah Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah akan terus kekal diajar, kekal sampai bila-bila. Mungkin selagi ada bulan, bintang dan matahari," katanya.

Tindakan terkini Dong Zong yang menganjurkan perhimpunan hari ini bagi membantah perlaksanaan PPPM yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan.

Menyentuh isu sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan kerajaaan tidak pernah ada niat jahat atau niat terselindung setiap kali pelan pembangunan pendidikan yang baru diperkenalkan apatah lagi bertujuan meminggirkan sekolah Cina dan Tamil.

''Tidak ada satu niat jahat atau tujuan terselindung yang sering dianggap oleh Dong Zong terutama apabila kerajaan mahu membuat pembaharuan pendidikan. Mereka merasa takut dengan beranggapan pelan untuk memajukan pendidikan negara dikatakan mahu merosakkan bahasa Cina. Ini tanggapan yang amat salah.

''Kenyataan Dong Zong ini tidak boleh dipertahankan. Mereka bercakap 'lentang-lentung' di sana sini dan kemudian membuat tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini adalah tujuan politik, bukan pendidikan. Mengenai PPPM, semua rakyat Malaysia sokong dan mengapa Dong Zong tidak sokong," ujarnya.

Beliau berkata, hanya beberapa sahaja pertubuhan yang menyokong Dong Zong sebaliknya lebih banyak pertubuhan tidak menyokongnya.

''Sebab apa, sebab mereka (pertubuhan) tahu Dong Zong ada muslihat politik. Saya tiada kepentingan politik tetapi saya melihat kepentingan pelajaran," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan BN mengiktiraf sistem pendidikan Cina dan Tamil dan sehingga kini kedua-dua aliran itu terus berjalan.

'Sekiranya kita hendak lakukan perkara ini sudah berpuluh tahun yang lalu kita buat. Namun, sehingga setakat ini, sejak 55 tahun kita merdeka sekolah aliran Cina tidak pernah ditutup dan bahasa Cina diajar seperti biasa. Bukan itu sahaja bahkan kerajaan menambah jumlah sekolah Cina dan meningkatkan jumlah guru sekolah Cina sedia ada.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Dong Zong ini ?

Sedar atau tidak Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan sama ada Cina mahupun Tamil.Apa ertinya ? Kerajaan BN tidak zalim dan melihat dari segala sudut kepentingan rakyatnya.

Dong Zong ternyata mempunyai kepentingan politik yang berselindung di sebalik sebuah persatuan dan mereka harus sedar bahawa MELAYU sedang memerhatikan tindak tanduk mereka !!

MMI.

2 comments:

  1. hapuskanlah sekolah vermakular.......mcmana nak jd warganegara

    ReplyDelete
  2. Sayang sekali, sudah berbuih mulut meminta kerajaan hapuskan Sekolah jenis kebangsaan, tapi sampai sekarang masih tak didengari. Padahal untuk mengajar bahasa Mandarin dan tamil, kedua-duanya d=boleh dilakukan di sekolah kebangsaan. tak perlu sekoah terasing. Apakah istimewanya kedua puak berbahasa Tamil dan Mandarin ini sampai dibina sekolah khas untuk mereka? padahal di Malaysia ada lagi kaum-kaum lain yang tidak berbahasa Melayu. Apa akan jadi jika Siam Malaysia menuntut sekolah jenis kebangsaan Siam, Iban menuntut sekolah jenis kebangsaan Iban, Kadazan dengan sekolah Kadazan dan lain-lain, Apa akan jadi pada negara kita.

    Ketika kita berkuasa inilah masa terbaik untuk bertindak, bila kita kehilangan kuasa, jangan harap kita dapat apa yang kita miliki ketika ini. Tolonglah kerajaan, dengarlah suara hati kami. Kami tidak rasis, kami hanya fikirkan penyatuan Bangsa Malaysia dan menjunjung tinggi perlembagaan negara yang menyebut Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal

    ReplyDelete

Labels