Followers

Friday, 25 January 2013

BREAKING NEWS OPS Serbuan Menyinsing Subuh RAKYAT M'SIA Perlu BERSEDIA !!


Apakah Malaysia akan terlibat dalam kancah peperangan ? Maklumat ini amat perlu dikongsikan dengan semua kerana MMI yakin kita seharusnya bersiap-sedia bagi menghadapi segala kemungkinan.Kepada semua yang masih lagi dalam keadaan selesa dengan apa yang dimiliki kini perlu melakukan sesuatu supaya ianya akan dapat terus dipertahankan.

Untuk makluman mengharapkan pasukan tentera sahaja tidak akan cukup khususnya dalam menghadapi kemungkinan yang MMI akan dedahkan di bawah.Oleh itu bersedialah!! 

Namun sudah pasti ramai yang nak tahu persediaan yang bakal kita lakukan ini untuk apa ? Siapakah musuh yang akan kita tentang ? Mengapa Malaysia ? 

Untuk mengatahui jawapannya anda baca di bawah ,

"Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan."

Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada Sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. 

Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.

Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. 

Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. 

Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

Alhamdulillah dan MMI cukup bersyukur kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada kita seluruh rakyat Malaysia seorang pemimpin yang cukup berani dan intelek.Keberanian Tun M tidak perlu dipertikaikan lagi kerana beliau sememangnya diakui oleh seluruh dunia sebagai pemimpin bertaraf dunia.

Keupayaan dan kebijaksanaannya dalam mempertahankan hak dan maruah negara Malaysia seharusnya dipuji malah dalam Ops Serbuan Menyinsing Subuh ini beliau menggunakan kecekapan dalam bidang ekonomi bagi mematahkan usaha pihak luar menekan Malaysia.

Percaya atau tidak dalam operasi tersebut Tun M bukan saja berjaya sepenuhnya tetapi turut mengelakkan sebarang pertumpahan darah yang selalunya berlaku terhadap negara-negara lain.

Lebih menarik kuasa besar dunia pun terduduk dan terdiam kerana kebijaksanaan pemimpin negara merancang seterusnya mendapatkan kembali hak negara.

Seperti yang MMI katakan diawal entri ini kekuatan dan keupayaan ini tidak akan mampu bertahan lama sekiranya kita rakat Malaysia tidak sama mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya.Persiapakan diri dari segi intelek kerana kekuatan intelek dan ilmu itu mampu menumpaskan musuh yang jauh lebih baik dari kita.

Kita mungkin tidak setanding dengan kuasa besar sekiranya medan peperangan menjadi pilihan namun kita mampu berdiri sama tinggi dengan mereka sekiranya kita menguasai ilmu.

Terima Kasih Tun Mahathir !!

kredit to pdtm 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels