Followers

Thursday 10 January 2013

Dua OKT Loloskan Diri Mati DiTembak Polis


Gambar diatas menunjukkan kereta Proton Perdana yang dinaiki dua OKT, Mohd. Fairuz Adam atau dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd. Nor Mohd. Mustaffa (Boy) terbabas ke tali air selepas kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis yang memburu mereka di Kampung Padang Ibu, Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini tengah hari ini. Kedua-dua OKT yang melarikan diri daripada kawalan polis bersama-sama lima orang tahanan yang lain Isnin lalu, mati di tempat kejadian.

TASEK GELUGOR 10 Jan. - Dua daripada tujuh orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri daripada kawalan polis Isnin lalu mati ditembak ketika menaiki sebuah kereta curi di Kampung Padang Ibu, Guar Perahu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, salah seorang daripada suspek yang mati ialah Mohd. Fairuz Adam atau dikenali sebagai Joe Mafia, 31, dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah.

Dia dikatakan melepaskan tembakan ke arah polis yang mengejarnya sejauh hampir dua kilometer dari Kubang Semang, Bukit Mertajam selepas dikesan mencuri kereta Proton Perdana.

Kereta dinaiki oleh Mohd. Fairuz bersama seorang lagi tahanan dikatakan terbabas lalu terjunam dalam tali air di Kampung Padang Ibu.

Polis sedang memburu lima lagi OKT yang melarikan diri. - UTUSAN

Kepada masyarakat di sekitar kawasan terlibat , ambilah langkah keselamatan yang sebaiknya dan berikan kerjasama kepada anggota polis menyelesaikan kes ini dengan baik.

Sesungguhnya kita tidak mahu melihat mana-mana pihak yang menjadi mangsa keadaan.Ingatlah masih ada 5 lagi yang masih bebas!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels