Followers

Sunday, 6 January 2013

Gangguan Seksual 3 Di Tangkap SPRM , Selamatkah Pulau Pinang ??? Guan Eng Pening Kepala Lagi !!!

Gambar Hiasan
Selamatkah Pulau Pinang hari ini ? Itulah persoalan yang harus di jawab oleh rakyat Pulau Pinang kerana pelbagai perkara yang berlaku kini semakin membimbangkan MMI sendiri.

Baru-baru ini heboh tentang kejadian anggota PPS memukul seorang wartawan yang melakukan tugasannya dan kini cerita rasuah dan gangguan seksual pula.

Lebih malang lagi perlakuan tersebut dilakukan oleh mereka yang ada kepentingan dalam politik serta mereka yang cukup dekat dengan pemimpin Pakatan Haprak di Pulau Pinang.

Pembantu khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan antara tiga individu yang ditahan kerana dipercayai cuba merasuah seorang lelaki RM30,000 sebagai suapan bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan hadir bersama ketika penyerahan wang suapan yang dilakukan di sebuah restoran di pulau itu kira-kira pukul 11 malam kelmarin.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hasil maklumat awam," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hebat gang kalau selama ni dok tuduh UMNO dengan BN rasuah sampai tahap GABAN nah kes pembantu khas Timbalan Ketua Menteri terlibat dan di tangkap kerana RASUAH nak kira macam mana ?

Puak-puak Pakatan Haprak sekarang ni semakin tersepit kerana satu demi satu kelemahan dan keburukan mereka ditelanjangkan.

Lepas ni nak buat apa pula ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels