Followers

Monday 14 January 2013

Makan Sambal Memang La Pedas Bang Ooi !!


Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita," Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP.
Nampaknya juak-juak Pakatan Haprak semakin tak senang duduk dengan situasi terkini antaranya DAPigs yang perlu berdepan dengan Tunku Aziz.Sikit atau banyak kesannya memang ada kerana Tunku mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Malah kesannya turut dirasai oleh Anwar dan barisan pimpinan lainnya.Maka kerana itulah pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh Pakatan Haprak bagi mengimbangi ataupun mengalih tumpuan rakyat kepada isu-isu remeh yang sebenarnya langsung tidak mempunyai motif kukuh selain dari cuba menimbulkan tanggapan bahawa Pakatan Haprak masih relevan.

Contoh paling mudah adalah himpunan Shamsidar baru-baru ini , apakah motif utama himpunan itu diadakan ? Apakah ianya sekadar mahu membuktikan kerajaan BN itu zalim dan menindas rakyat ? Sejauh mana ungkapan dan laungan itu boleh disamakan dengan realiti yang berlaku ?

Sudah-sudahlah berbohong dengan rakyat kerana mereka tahu membezakan antara kaca dan permata.

Berbalik kepada kenyataan terbaru Tunku Aziz , MMI yakin Anwar barisan juak-juaknya sudah pasti panas telinga dan tak senang duduk apatah lagi himpunan yang diharapkan mampu mengangkat kembali reputasi Pakatan Haprak GAGAL kerana hanya berapa peratus sahaja yang tampil itupun sekadar seronok berjoging kerana sewaktu ucapan oleh pimpinan Pakatan Haprak di Stadium Merdeka sudah kelihatan ramai yang meninggalkan stadium.

“Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita.

“Apa akan jadi dalam tempoh 50 tahun akan datang jika kita tersilap memilih parti yang tidak tahu cara pentadbiran,” katanya pada program Kami Pernah Berada Dalam Pakatan Pembangkang, di Dewan Kampung Paya,semalam.Baca Seterusnya 

MMI kata memanglah PEDAS bila makan sambal belacan , betoi dak ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels